Wednesday, March 7, 2012

Cinta Ungu



Puhhhh, lega dah siap!


Tuesday, March 6, 2012

Apple Crumble-2




Lama tengok apple tersadai kat dapur, strawberry & blackcurrants pun dah kesejukan dalam freezer.......tahap kerajinan pun lebih sikit...............


This is what i do this time round, no specific recipe, just using what-you-have stuff

The Fillings:

10 green apples, cored, skinned & chopped
1~2 C strawberry
1 C blackcurrants
1 C brown sugar
Dash of cinnamon powder, more if you like.

(*) Cinnamon powder can be replaced with cinnamon bark, just throw in 1 pc together with the above and remove when done.

Put everything in pan and cook, low fire until almost all liquid is gone.


Apple jam with Strawberry & Blackcurrants

The Pastry:

500 g flour
250 g cold margarine, chopped
Ice cold water
1/4 C brown sugar

Place flour and chopped margarine in bowl and using rub-in method, work until it becomes like breadcrumbs.
Add cold water, 1 tablespoon at a time, use fork to incorporate.
Put in plastic bag and place in fridge for about 30 mins.
What i do after this is, I put aside about 1/4 of the portion- for my crumble
The rest of flour, I add in more water until I am able to roll them
Roll and place in pastry dish, cover with aluminium foil and blind bake for 15 mins @ 160'C
Remove foil and continue baking for another 10 mins or until the pastry turns slightly brownish.
Spread cooked apples on top of the pastry.
Sprinkle the crumbs(that you've put aside) until it covers the apples.
Bake for 15 mins or until the crumbs turns brown to your preference.


Serve on its own or take with custard and ice cream

The last time I did it differently


DSC00825a.jpg



Monday, March 5, 2012

Pastry Cutter


Sudah lama mencari, baru hari ni dapat ku miliki :))

Saturday, March 3, 2012

Talam Pisang

Lama tak update, lama juga tak jengok rumah kawan kawan maya ni..............

Nak kata sibuk pun nanti digelakkan orang pulak kan?
Tiap orang di peruntukan masa yang sama; 24 jam.
Makcik dapat 24 jam, you all pun 24 jam, jutawan bukhary tu pun 24 jam.....

Camna dia boleh kaya raya ye?

Macamlah tak tau jawapan kan, semua tu bergantung pada rezeki.
Usaha, doa & tawakkal...rezeki tak datang bergolek......balak je yang boleh golek.

................................ooooooooooooooooo..............................

Resepi ni lama juga makcik simpan. Asal dari Bro Rozan yang tersangatlah pandai dan rajinnya memasak, tengok blog dia, kita boleh malu tau.

Terima kasih Bro, izin saya c&p ya.

Nota: untuk resepi ni, makcik guna 1 kg santan pekat sahaja, campur air untuk dapatkan jumlah sukatan dalam resepi dibawah.




TALAM SERI PISANG

Bahan-Bahanisan Bawah

Lapisan Bawah:
130 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
130 gm gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Tengah (Pisang)
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1200 ml santan ( 800 ml santan kotak KARA + 400 ml air)
120 gm gula
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Atas: Atas
130 gm tepung beras
40 tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
140 gm gula Melaka (jenis baik)
80 gm gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna cokelat

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

6-8 biji pisang Raja yg masak ranum (dipotong-potong)

Loyang bulat 32cm/13 inci
(ambil sedikit minyak dan sapu rata2 pada Loyang .

Cara:

1. Panaskan kukusan dgn secukup air. Gunakan api yg sederhana besarnya. Sementara menunggu air mendidih, siapkan adunan lapisan bawah.

2. Tuang adunan lapisan bawah ke dalam periuk. Ambil satu lg periuk yg kecil sedikit dan didihkan air ke dalamnya. Bila mendidih, tindihkan periuk berisi adunan tadi ke atas periuk air yg sedang mendidih dan kacaulah adunan ini selama 10 minit sehingga naik wap. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Sementara menunggu lapisan pertama masak, siapkan adunan Lapisan Tengah dgn kaedah yg sama. Cuma, bila dah naik wap, masukkan potongan2 pisang tadi ke dalam adunan dan kacau sebentar. Setelah lapisan pertama masak, baru tuangkan pula adunan pisang ini. Kukus sehingga 30-40 minit.

4. Kemudian siapkan pula Lapisan Atas juga dgn kaedah yg sama. Bila dah naik wap, tuangkan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 20 minit.

5. Setelah siap di kukus, buka penutup kukusan dan laplah permukaan kuih dgn tissue jika terdapat wap di atasnya. Biarkan betul2 sejuk, baru dipotong mengikut citarasa sendiri.






Monday, February 20, 2012

Musim Cinta.....

Datang lagi............

Kalau dulu, masa dulu la kan, masa kita muda muda, masa tengah mekar berkembang di taman......masa kita sampai masa nak berpasangan.........mak kita atau makcik kita atau jiran kita yang akan sibuk........

- jadi tukang kelola majlis
- jadi tukang peneman puan kenduri
- jadi tukang tolong buat kuih
- jadi tukang buat hantaran.....

Kenapa tukang?

Tak tau lah kat kampung you all (ceh speaking), tapi kat kampung ai dulu dulu semua orang yang ala ala planner ni di panggil 'tukang'.
Yang syok tu, peneman pengantin perempuan...alah yang akan naikkan seri pengantin, yang akan pakaikan baju pengantin, yang akan mekapkan pengantin, yang akan iring pengantin ke pelamin........dia ni di panggil Tok Tukang.

Tok Tukang adalah orang penting bagi 'menyempurnakan' pengantin perempuan dan orangnya selalu adalah yang sudah berkahwin a.k.a sedikit berumur lah

Senario dah bertukar sekarang....
Sekarang ni Tok Tukang kebanyakkannya....
- perempuan yang masih muda; kadang tu boleh menandingi pengantin tu sendiri
- Lelaki! Ya lelaki juga sekarang ni ramai yang pakar dalam menghias wanita...amazing kan?

Pasai apa pulak dok cerita pasai ni ya?

Ya sebab makcik ni dah masuk kategory "tukang" (bukan terbungkang)...kiranya ala ala dah bertukar dari dara ayu ke mak-dara-hampir-layu ( :=D )

Dengan bertukarnya status, makcik pun sekarang agak sibuk lah bila musim kenduri kendara ni....alahhh bila sedara kenduri saja.....

Yang ni pun buat untuk anak sedara juga......tema biru...


Blue Hantaran



Monday, February 13, 2012

Love.......

It has been sometime since i last posted.

Not that i have nothing to say..........it may just be "that time when you just cannot squeeze anything out of your brain" period.

I do blog-walk, but that's it.

I am just not motivated to write, ideas just don't pour out. Blame it on the very hot season now! Haha, the brain gets melted and ideas just flow out the drain!!!! Silly excuse eh?

I read a daily news few days ago and was 'attracted' by one phrase by a young actress. If i'm not mistaken, she posted that phrase on twitter.....

It says;

" Girls love what they hear, Boys love what they see. That is why girls wear make-up and boys lie"

Interesting point to ponder


I love what i see....


I treasure what i have....(arghhhh i missed my boys)





Thursday, February 2, 2012

Tolong gerak






Source: ms google

Sms berbunyi: mak, tomorrow i work @ 8am, tolong gerak ye....

jawapan mak: k

esoknya pukul 7, startlah si mak ni calling calling anak yang berada >100 km away...

first call tak angkat...sampailah ke 8th call, pun tak angkat.

mak pun sms: If calling didn't work, how else do you want me to wake you up?

Dan sudah semestinyalah mak tidak mengharapkan jawapan.

Naluri mak, kesian...one last call.....15 mins before 8........sayup sayup jawapan dari hujung sana.......

Bolehlah nak bayangkan macammana kalutnya dia...............

8.07am, dapat sms: mak i am at office already...

????? mandi P Ramlee ke?

Oooops, tak adil jugak cerita pasal sorang je...nak juga cerita pasal sorang lagi......

sms: Ma..pls wake me up @ 10.00....

sms masuk abt 3am...mak pun set alarm.
Alarm went off at 10am but masa tu mak was at the bank....
takpa habis urusan call him, kata mak dalam hati....

Mana tau, sedar2 dah pukul 12!

:=), sorry lah son, tak sengaja


Makcik: Nasib baik anak dua saja....


Iklaneka:


Cabai goreng; boleh makan dgn nasi panas,
letak dlm maggi, campur ke nasi goreng...

Bukan makcik yang punya, tapi KAK ROSE yang punya, hahaha
(silalah gelak macam jin dlm ahmad albab)