Sunday, December 5, 2010

Daging Masak Hitam




Or some called it daging masak mamak.

Buat ni pagi tadi bagi memenuhi tuntutan catering

Daging Masak Hitam.

Bahan:
1 kg daging - potong ikut suka 
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan putih
Daun kari
3/4 cawan (C) kicap pekat
1/4 C (1 tin paling kecil) tomato puri
1 C bawang goreng - tumbuk halus
1/2 paket prune - blend (optional)
1/2 cawan kismis - blend (optional)
Garam
Minyak masak

Bahan tumis:
Kayu manis / bunga lawang/ buah pelaga / bunga cengkih
Daun pandan - simpul
2 btg serai - titik

Bahan untuk blend:
1" halia
10 ulas bawang putih
2 labu bawang besar

Cara:

Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. 
Campurkan bahan blend, serbuk cili & jintan. Tumis hingga wangi.
Masukkan daging serta sedikit air.
Rebus hingga separuh lembut (air pun dah kurang)
Masukkan kicap pekat,  tomato puri, kismis/prune.
Jika tak guna kismis/prune, boleh letakkan gula serta cuka/air asam jawa.
Rebus lagi hingga daging empuk. 
Masukkan bawang goreng dan renihkan hingga kuah pekat.
Letak daun kari (ini akan mewangikan lagi masakan).
Tambah garam sesedap rasa.
Siap

Note: Kalau kurang hitam, boleh tambahkan lagi kicap pekat. 

Juga buat ayam masak merah, nak tengok? Sila klik sini


No comments:

Post a Comment