Salam jumaat....
Kita makan dulu.....................
Pernah dengaq parpu teloq? Ish ish orang penang ni slang pekat sungguh noooo....tu hat huruf 'Q" tu camna nak sebut?
Nak ajaq online tak boleh...dia kena dengaq baru tau nak sebut.....
Saja je...parpu telur ni antara lauk simple yang sedap jugak.....makan dengan ikan gelama masin, sambai belacan...hmmm selera you.
Parpu tu apa dia?? hmmm sama lah dgn kacang dhall.....
You kata dhall, ai kata parpu, they all kata yellow spilt beans... they are all the same.
Dhall (source: google)
Ikan gelama masin
Parpu telur in a piring
parpu telur in the periuk
Haa?? Nak buat dia macam mana? okay okay...tak dak sukatan specific ya...lebih kurang macam ni.......
1/3 cup parpu - rendam agak2 sejam.
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh sebuk jintan putih
1 labu bawang besar - belah 8
Sedikit (abt 1 tablesp ) cili mesin - makcik letak cili powder ja
2 ulas each bawang putih & bawang merah tumbuk (optional)
Ubi kentang, kupas potong suka hati
Serbuk kunyit (~ 1/2 sudu teh)
1/3 cup Santan pekat (campur dgn 1/3 cup air)
Tomato - potong 6 (tak ada pun tak apa.
Cili hijau- kerat 3 (don't have? never mind)
Telur secukupnya (1 -2 biji cukup la)
Bahan tumis:
2-3 ulas bawang merah, hiris
setangkai daun kari
abt 1/8 sudu teh biji sawi (tak ada? no prob)
Rebus dhall bersama serbuk jintan manis/putih & bawang tumbuk.
Agak2 15 minit, masukkan ubi kentang & bawang besar.
Rebus hingga dhall lembut (setengahnya pecah2 sikit) dan ubi empuk.
Masukkan santan, kacau.
Bila mendidih, kecilkan api pecahkan telur ke dalam periuk.
Jangan di kacau, biar telur tu masak.
Bila dah masak, tutup api.
Note: Pasti ada telur putih yg tercerai, no problem asal telur kuning intact.
Panaskan kuali bersama sedikit minyak/minyak sapi, agak2 cukup utk goreng bahan tumis.
Tumis bahan tumis hingga wangi & sedikit brown.
Curahkan (dengan minyak sekali) ke dalam periuk parpu tadi,
Ada juga org goreng sekali dengan cili kering yg di potong ye
Hahaha, kan. dah jadi ruangan resepi lah pulak.
Parpu ni nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah roti pun boleh...nak makan saja gitu pun boleh......masa makan parpu teloq ni you all bayangkanlah dok makan minestrone soup tu...:))
I did just that!
Minestrone soup is beans broth with added vegetables and/or meat, eaten just like that or with pasta/rice.
Minestrone soup
Parpu telur soup
Okaylah.
Selamat berhari minggu. Enjoy your weekend so you won't have a Monday Blueeee....
McK