Friday, April 19, 2013

Parpu Telur............tumis darat

Salam jumaat....

Kita makan dulu.....................

Pernah dengaq parpu teloq?  Ish ish orang penang ni slang pekat sungguh noooo....tu hat huruf 'Q" tu camna nak sebut?

Nak ajaq online tak boleh...dia kena dengaq baru tau nak sebut.....

Saja je...parpu telur ni antara lauk simple yang sedap jugak.....makan dengan ikan gelama masin, sambai belacan...hmmm selera you.

Parpu tu apa dia?? hmmm sama lah dgn kacang dhall.....

You kata dhall, ai kata parpu, they all kata yellow spilt beans... they are all the same.



Dhall (source: google)












Ikan gelama masin




Parpu telur in a piring


parpu telur in the periuk


Haa?? Nak buat dia macam mana? okay okay...tak dak sukatan specific ya...lebih kurang macam ni.......


1/3 cup parpu - rendam agak2 sejam.
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh sebuk jintan putih
1 labu bawang besar - belah 8
Sedikit (abt 1 tablesp ) cili mesin - makcik letak cili powder ja
2 ulas each bawang putih & bawang merah tumbuk (optional)
Ubi kentang, kupas potong suka hati 
Serbuk kunyit (~ 1/2 sudu teh)
1/3 cup Santan pekat (campur dgn 1/3 cup air)
Tomato - potong 6 (tak ada pun tak apa.
Cili hijau- kerat 3 (don't have? never mind)


Telur secukupnya (1 -2  biji cukup la)


Bahan tumis:
2-3 ulas bawang merah, hiris
setangkai daun kari 
abt 1/8 sudu teh biji sawi (tak ada? no prob)



Rebus dhall bersama serbuk jintan manis/putih & bawang tumbuk.
Agak2 15 minit, masukkan ubi kentang & bawang besar.
Rebus hingga dhall lembut (setengahnya pecah2 sikit) dan ubi empuk.
Masukkan santan, kacau.
Bila mendidih, kecilkan api pecahkan telur ke dalam periuk.
Jangan di kacau, biar telur tu masak.
Bila dah masak, tutup api.

Note: Pasti ada telur putih yg tercerai, no problem asal telur kuning intact.

Panaskan kuali bersama sedikit minyak/minyak sapi, agak2 cukup utk goreng bahan tumis.
Tumis bahan tumis hingga wangi & sedikit brown.
Curahkan (dengan minyak sekali) ke dalam periuk parpu tadi, 

Ada juga org goreng sekali dengan cili kering yg di potong ye

Hahaha, kan. dah jadi ruangan resepi lah pulak.

Parpu ni nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah roti pun boleh...nak makan saja gitu pun boleh......masa makan parpu teloq ni you all bayangkanlah dok makan minestrone soup tu...:)) 
I did just that!

Minestrone soup is beans broth with added vegetables and/or meat, eaten just like that or with pasta/rice.


Minestrone soup



Parpu telur soup


Okaylah. 


Selamat berhari minggu. Enjoy your weekend so you won't have a Monday Blueeee....




McK





26 comments:

  1. Orang Perlis pun panggil kacang parpu lah Makcik...hahhaaaa...

    ReplyDelete
  2. sy ingat guna telur itik tadi. dia tak pecah ke makcik telur ayam biasa? jadi mcm dlm maggi ya rupa telur tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik x pernak guna telur itik. Yg putih tu kecai jugak..cam megi yes. Slow fire pecah telur pelan2 n let it cook slowly..

      Delete
  3. saya belajar satu perkataan baru hari ini

    parpu

    tenkiu

    ReplyDelete
  4. pernah makan tapi tak pernah buat..zi sebelum pindah penang pun panggil parpu gak sbb mak kedah mari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dh pindah penang tak sebut parpu dah?

      Delete
  5. sedapnya parpu teloq! aritu baru kata kat fariq teringat la parpu teloq maktok. huhu. ni dah ada resipi boleh try. harap2 jadi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer chk ngan maktok sama dak resepi dia

      Delete
  6. Masak jgn tak masak.
    Baru ni dgr parpu..

    ReplyDelete
  7. Assalam McK..acik tak tau pulak parpu tu kacang dhall..dan boleh masak dengan teloq..harus dicuba ni..terima kasih kongsi resepi..acik dah ambik resepi pun..

    ReplyDelete
  8. berkenan sungguh kat ikan gelama masin tu !!

    ReplyDelete
  9. selalu dengar parpu... loooorrr haaaiii dhall ropanya...

    yummeehh tu...

    ReplyDelete
  10. Terbayang saya makan roti canai cecah kuah dhal....kot la cecah parpu telur ni, sure sedapppp :) Ni mmg makanan tradisional org penang ke makcik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiiiii kalu cicah yang ni laaagii sedap, lemak lemak gitu.

      makcik pun tak tau parpu teloq ni punya origin...yang pasti mamak roti canai punya not the same.

      Delete
  11. By the way makcik, saya dah buat kayuhan 21.5 km semalam kat gym...ambik masa 32 minit...ekekekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo tahniah tahniah....32 menet 21.5 km tu laju weiii......, boleh tinggai makcik sayup sayup kat blakang.

      ok spr di janji, hadiah akan ada tapi taklah cepat sangat tau...:)))

      Delete
  12. err...wrong timing betul masuk sini. menggelegak perut ku wahai makcik...
    parpu teloq tu memang kena la dengan ikan masin..saja la tu kan...kannn.....sabaq je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh keh keh...mmg la wrong timing cek siti....dah brapa hari dok tayang tang ni....dah pam habih dahhhh,,,:))

      Delete
  13. Saya suka mkn parpu teluq ni tp tak pandai masak...harapkan mak saja..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ada...dia buat lagi sedap kannnn.

      Delete