Tuesday, April 23, 2013

The difference between you and me.............



Aikkk??? pasepa pulak?


Hi...........pakcik dok merungut....son2 jugak......"awaat blog tak update?...."

Bukan tak mau update....nak kata bizi...hmmm bizi lah sangat kan.....

Tak lah bizi.....kadang tu lebih pada idea tarak mari.....

Kadang bila teringat nak update, gambaq pulak tah apa apa...............

Oppsss, back to the  entry topic

Still remember Lahad Datu incident? Sapa boleh lupa bila negara tercinta di ceroboh kan...

Wira2 kita pun ada yang gugur dan cedera dalam pertempuran.

Walau pun sekarang cerita mengenai pencerobohan/Ops Daulat sudah sikit berkurangan, operasi oleh pasukan keselamatan kita masih berterusan ya.

Salah seorang dari anggota keselamatan yang gugur itu, adalah kenalan rapat kepada anak saudara makcik.

Mereka dapat berita first hand dari  rakan mereka  kat sana...juga anggota keselamatan....lebih jelas, lebih detail tentang kejadian di sana....sedih, tersangat sedih.

Bagi mengenang & menghargai,  juga mengumpul dana bagi Tabung Lahad Datu, anak saudara makcik (2 beradik) ni telah berpakat membuat T-shirt utk di jual & 100% keuntungan telah disalurkan ke Tabung untuk wira kita.

Mereka mula dengan 300 helai, then 500...dah banyak kali reprint.....

Makcik & da boyz pun baru dapat order kami.

Kalau ada yang ingin beli boleh tanya SINI


Hehe....kami pon posing ........dengan t-shirt laa.....






T-shirt itam tu kata.......
"The difference between you and me....."



"I run towards Gunfire...."



Kami ni takat posing ja la..........
nak tolong angkat senjata????
....(pitam...)


Hero idaman malaya
Yg hijau kata...."support our troops"...




Yg ni pon..........
ni kes tak dak org nak tolong amik gambaq la ni




Ni lah belakang/depan nya




Salam Sayang




McK



39 comments:

  1. Salam McK,
    takziah buat pahlawan kita yang gugur..kita yg x kenal ni bila dgr pun bley gugur airmata apatah lg depa yg kenal..


    I like the black t-shirt..as usual hitam itu menawan..insyaAllah will place my order..:)



    ReplyDelete
  2. Kakcik suka gambar 'pasangan manis' itu... Manis sangat. :)

    ReplyDelete
  3. cantik Buff McK!! beli kat manaaa...

    worait

    saya dah terpikat kat yang hitam tuu..
    sat saya klik..

    son sorang lagi manaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. buff tu Mck bli kat one of the stalls dpan panggung wayang kat queensbay...

      son sorang lagi punya gambaq baru dimasukkan...dia baru hantaq.

      Delete
    2. ala.... rambut tak nampak!!!

      Delete
  4. Kita tolong apa yang termampu je Makcik... Husband Aina kata kalau dia masih dalam perkhidmatan mau jugak dia mintak pi sana.

    Al-Fatihah buat semua wira2 yang gugur .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aina....kita rasa cam okay ja...but depa yang dok sana tu......kesian. Alfatihah

      Delete
  5. sweetnya...baju n couple...n oso budak bujang tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. betul tu YB....dia org berdua ni plus parents dia org, dok sedih teringatkan arwah Azrol Tukiran tu tak abih2 lagi......sebab cara kejamnya cara dia 'dimatikan'

      Delete
    2. Memang sedih bila mengingatkan mcmana wira-wira kita tu 'dimatikan'.

      Kakak kpd adik ipar saya adalah jiran kepada Hj Tukiran. Dia ceritakan emak arwah Azrol mengajaknya ke Lahat Datu selepas menerima berita kematian anaknya itu. Tapi apakan daya mereka terpaksa menunggu sehingga jenazah Azrol dibawa pulang ke Klang.

      Delete
  7. Semoga keluarga wira yang gugur terus kuat dan tabah ya MK! Kalau dengar cerita daripada mereka yang terlibat sendiri memang lagi sedih berbanding cerita daei media...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn. sesetengah berita tu, i suppose media kena sensor kot...

      Delete
  8. Salam McKantin....fiza pun sedih gak baca bila perwira2 kita gugur kat medan tempur ni...bila baca pulak anak2 kecik2 lagi lagi sedih sgt...huhuhu...moga roh meraka dirahmati oleh Allah Ta'ala....

    ReplyDelete
  9. Hi Makcik, I enjoy read your bahasa, and your bahasa spellings buat saya lintang pukang...

    Your "pasepa pulak..." made me look and scratch my kelapa, apa la ni?
    Then lampu da buka, ahaaa! I think it's 'apa pasal pulak'?
    Betul ke, Makcik?

    Hey, you lost weight? Looks like all that cycling racing around with hubby hilang weight.
    Tengok gambar Makcik and hubby macham Rambo pulak, ha ha ha.
    Always love your humour.
    Have fun, Makcik....
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Lee,

      Alahai kesian you have to scratch your 'kelapa' reading my lintang pukang bahasa......:)) some words you can' t find in dictionary....only penang vocab..

      Loose weight?? ....
      I don't loose so much weight but i think those cycling sessions do help a little bit....seems that while cycling, my 'here&there' fats ada lah jatoh sana sini along the way....i just hope they don't find their way back here to me..HAHAHA

      Have a nice day uncle lee (suda lama tada panggil you 'uncle').



      Delete
    2. ops...i have missed it. Yes 'pasepa'=pasal apa. It is a short-form-sort-of, or when you say it fast it sounded 'pasepa'. :)

      Delete
    3. ops...i have missed it. Yes 'pasepa'=pasal apa. It is a short-form-sort-of, or when you say it fast it sounded 'pasepa'. :)

      Delete
  10. makcik, sy komen kat FB tu tanya camne nak beli baju tu, takde respon pun.. camne? ataupun dah tak tutup tempahannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4feet8,
      comment kat gambar ke ataupun hantar message? takut admin miss out ur comment or sometime FB tak bagi notification ada comment baru. Boleh try hantar message lagi skali?

      Thanks and sorry for the inconvenience :). (on behalf Suppport Malaysian Heroes admin)

      Delete
    2. 4f8, makcik dah bgtau kat admin yesterday.....i will tell them again.....TQ

      Delete
    3. Hello 4feet8..yes,masih buka tempahan tuk t-shirt. kami ada reply comment kt fb pic tu, mgkin 4f8 termiss out. 4f8 bole pm kami trus size dan design yg 4f8 minat serta details(nama, address & contact num). Tq for the support,4f8 :)
      -Nadiah Khoo-

      Delete
    4. ok, insyaAllah, ptg nanti sy buka FB. kat office FB kena block..

      Delete
  11. bestnya dah amik gambaq. kami pun dah dapat last week tapi hadif punya tak dapat lagi. so kena tunggu hadif dapat baru boleh berposing bersama. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, best....cuma alip ja la....ambik sendiri...gelap pulak tu

      Delete
  12. such a sweet couple! suka lah tengok! and the t-shirt..menarik jugak tu.

    ReplyDelete
  13. t- shirt yg kaler hijau tu best!!!

    saya nak beli !!

    ReplyDelete
  14. makcik,saya ni kurus kedengking...so t-shirt saya saiz XL. ~hahaha..
    boleh pesan tak kat anak sedara makcik tu, saya nak beli saiz XL yg kaler hijau tu(yg mcm pakcik pakai)

    ReplyDelete