Saturday, July 5, 2014

Ramadhan 7..

Lama rasanya tak update resepi kan...

Selain nak share, ia juga sbg "buku resepi" bergerak...kat mana pun boleh refer, bila2 pun boleh cari.

Haritu ada kawan minta resepi agar2 gula merah......makcik google dan beri padanya..

Then teringat pulak nak buat......dah buat....sesuai simpan untuk rujukan.

Agar Agar Gula Merah
(sumber: google)


10gm serbuk agar agar
1 liter (4 cawan) air
150 gm gula merah/gula melaka
1/4 cawan gula pasir
250ml santan pekat (boleh juga santan pekat dicampur air tapi mesti total 250ml)
1 biji telur ayam
sedikit garam & daun pandan

1. Masak gula merah & gula pasir bersama 1 cawan air, masukkan daun pandan.
2. Tapis dan jadikan jumlah air gula 2 cawan. Ketepikan
3. Campur telur dengan santan, pukul sekadar nak pecahkan telur dan masukkan secubit garam.
4. Masak serbuk agar2 bersama 2 cawan air hingga mendidih.
5. Masukan air gula. (Note: McK cuma letak 3/4 dari air gula tu, rasa kemanisannya)
6. Masukkan santan/telur, perlahankan api dan kacau selalu.
7. Kalau kurang manis tambah lah baki air gula tadi, kalau dah cukup, tambah air sebanyak air gula
    yang tinggal tu (paham?).
8. Biar mendidih, tapi kacau selalu supaya tak meruap.
9. Bila mendidih, kita akan nampak agar2 tu berbintik2 (curdle). Tutup api
10. Tuang dalam bekas yang sesuai.




Gambar ni ja ada...
bila dah berbuka..ngap! terus lupa nak snap gambar



McK



11 comments:

  1. lepas berbuka nanti nak buka balik blog nie kut-kut ada gambar terselit.... hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..tak ada nya gambaq selit2.....the end :)

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka McK. Sdap lengkong makan buka puasa. Sejuk je tekak.

    ReplyDelete
  4. hantar la sini... asik hantar gambar je...?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hehehe, nak makan kena rajin lerrr wak

      Delete
  6. Cantik je agar-agar McK separate ye? Kita buat, tak berapa nak jadi. Diorang kata, kita tergodak lebih. Huhuhu... gasaklah hai, janji sedap. *sessi memujuk hati sendiri*

    ReplyDelete
  7. Hi MCK, I love this agar agar but sudah lama tak buat. Time biasa kat kedai jarang nampak, only bulan Ramadhan. Good for our current heat wave, very refreshing. :)

    Have a nice day.

    ReplyDelete