Tuesday, July 15, 2014

Senang Rupanya............

Teka teki....(yang semua orang dah tahu dan boleh jawab...)

Apakah nama buah yang bila masak dia naik atas??

Hahahaha, lawak bulan posa :)

Buah melaka dan puasa ni macam ada kaitan....asal bulan ramadhan je, ingat buah melaka....


Baru2 ni son2 ada beli gula melaka masa dia ke Melaka...katanya yang pure..RM10 untuk 3 ketul.


Guna gula yang ni untuk buah melaka sangat best;

Gulanya tak keras, tidak melekit.

Mungkin semua orang tau buat kan, tapi Mck nak letak juga basic recipe ni untuk rujukan son1 and son2....kot kot la depa teringin nak cuba nanti....

Buah Melaka
( ondeh2 kata setengah orang, kelopong kata abah zino)

1cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan (agak2)

Gula melaka, dipotong cube, saiz bersesuaian

Masukkan air daun pandan sikit2 ke dalam tepung pulut, uli hingga tepung tak melekat pada tangan/mangkuk.

Ambil sikit, agak2 besar ibu jari, penyetkan, masukkan gula melaka yang dah di potong dadu.

Tutup (biar gulanya kat dalam ya) and bulatkan.

Rebus air hingga mendidih, masukkan tepung pulut berisi gula melaka yang dah di bulatkan tadi.

Bila betul2 masak, buah ni akan timbul. Sejatkan dalam penapis.

Guling dalam kelapa parut yang di gaul dengan sikit garam








Seriously, gula melaka ni sangat best......macam mana nak dapatkan stock nanti ya....



McK





26 comments:

  1. Satu hari bila saya ke Penang lagi, nak buat temu janji ngan Mck la..bersama buah Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh boleh ja dik abil oiiii....mai sini roger roger

      Delete
  2. Mck..acik lagi suka gula kabung/enau tu..sedap dan wangi bau gula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula kabung tu macam mana pulak acik?

      Delete
  3. Teringat masa kecik dulu-dulu. Ada seorang pakcik yang duduk di kampung sebelah, berbuka puasa sambil makan buah onde-onde ini dan terlekat (asbab) menyebabkannya meninggal dunia ketika nak berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. innalillahiwainnailaihiroji'unn.....penyebab yes....tapi betul juga sbb buah melak ni guna tepung pulut...hence liat, kalu besar mau terbeliak bijik mata nak telan.....

      Delete
  4. Hi MCK, wah..... sedapnya. This one very addictive, hard to stop eating. LOL
    Thanks for sharing. Best regards.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Amelia.....lepas satu, satu masuk mulut tak jemu....nanti i share another nice one...lepat labu.

      Delete
  5. kuih ni kalau mak atau fiza buat, mmg saya request " biar pecah/ cair di dalam mulut" gula melakanya ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu doc, dulu pakcik selalu merungut makcik buat gula 'kedekut'....gula 'melaka' tu keras, letak besar dia lambat cair....
      sekarang ok, boleh letak gula banyak and cair 'poop' bila masuk mulut

      Delete
  6. By the way, Fiza kata dia buat kuih kelopong ni guna gula enau..:)

    ReplyDelete
  7. makcik ... org melaka pure mcm kami mmg panggil kuih ni kuih kelopong ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooo melak /nismilan kira adik beradik juga lah ya...

      Delete
  8. Saya tiap tahun Ramadan memang mesti buat, Makcik. Tahun ni dah buat dah minggu lepas. Puas makan. Sebab kalu beli memang tak cukup dan tak berbaloi pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik dah buat 2 kali...mmg tak jemu makan ni...viral(?) hahaha

      Delete
  9. owh. jangan!! tidak!!! saya boleh tewas waktu berbuka sebab kuih ni tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tewas hanya dengan buah melaka? ohhh daku dah tahu dah....:)

      Delete
  10. Mck guling kan ke bukan golek...larikkk...

    Kalau di Perelih guna gula gerek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA, aina.....baru perasan makcik tulih gulin....hahaha gulin pun gulin la...(memang golek pun kan kan?)

      Delete
  11. Hello Makcik, long time I have not heard that 'teka teki"....Long long ago when a bachelor I had a mature Malay maid keep house for me, and sometimes will tease me with her 'teka teki'...made me scratch my head always.

    Wow! I love your ondeh2! Looks so good. I think tengok your gambar saya boleh habis at least sepuluh no problemos!
    And gula Melaka....Old days saya makan durian with santan add gula Melaka, and ice cubes. Sedap betul la! Boleh lupa nama mak, ha ha ha.
    Oh ya Makcik, world cup da habis...tetapi did you know there was a women's 'Lingerie world cup'...women from different countries playing football in lingerie.
    Senang datang pondok saya, but minum ayer sejuk first, ha ha.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, 20 puluh biji pun boleh....make cute small ones...besar ones bila makan boleh choke as people tend to put all in mouth, kalau gigit, the gula inside will meleleh, very messy

      walllaaaa Lee, now you mention durian pulak, my mouth water already...hubby pun sudah dua tiga kali want to buy durian, but i keep saying nanti dulu, not that i don't want but dok fikir nanti sakit perut, full of wind as i always take durian with pulut!

      vavava, okay esok cari durian! :)

      Delete
  12. Macam best je.. selalu beli je... malas sungguh nak mengentel tu.. hee

    ReplyDelete
  13. Hehe....malas rajin tu mainan harian je...hari malas beli...hari rajin kita buat

    ReplyDelete