Wednesday, March 21, 2012

Jom pi mamak....Tose/Tosai


Sebut kedai mamak, macam macam datang dalam bayangan.......

The many waiters..the noise..the fast service...the tak-paham-look-from-the-waiter-when-we-order-tapi-food-sampai-as-required...the various types of food....senang cakap macam macam makanan kita boleh tengok bila masuk kedai mamak ni.....

One of my favorites bila bertandang ke kedai mamak yang hanya beberapa puluh tapak dari rumah ialah tose....or tosai...or tosey.

Selalu makcik minta tose biasa saja. Bila dah selalu makan, makcik tanyalah abang mamak tu apa lagi yang sedap selain dari tose biasa ni & dia cadang makcik cuba yang lain.


Tose biasa...


Lepas cuba, makcik rasa sedap & sejak hari tu selalu lah makan yang ni and beberapa kawan makcik pun dah ter-addicted dengan yang ni;

My favorite...Rava Tose.
(with shredded carrot, daun kari, lada hitam & jintan)


Tose Massala (i order ni sebab nak ambik gambar...)
inti= ubi yang dimasak bersama bawang, kunyit & biji sawi)

Ada lagi beberapa nama dari tose ni....

Tose garing/paper tose - tose biasa yang digaringkan jadinya lebih rapuh(crispy)

Tose cheese - sudah semestinya di tabur cheese lah

Utapam - pelik sikit nama tapi ini tose yang ditebalkan, jadi dia lembik sikit..(sshh shh...orang tua tua suka la yang ni)


Kesianlah pulak kalau tak cerita pasal yang satu ni, walau dari specis yang berlainan, ia tetap membuatkan orang kagum bila melihat abang M membawanya ke meja.....



Roti Tisu

Roti tisu; roti canai yang di besarkan tebarannya, di tabur gula, digaringkan, digulung tinggi ala piramid, di curah sikit susu pekat/madu/strawberry syrup. Bila di bawa ke meja, roti tisu ni di baringkan ke atas 3 pinggan 'daun pisang' mcm dlm gambar tu- kira dekat 3 kaki jugaklah panjang roti ni. Boleh lah share ramai2 sebab yang ni lebih menyerupai snek rangup yang lemak lemak manis



3 comments:

  1. terbayang² mamak curah susu pekat atas roti tisu (untuk orang lain)... masa tu rasa nak rampas je bawak ke meja sendiri! huhu!

    ReplyDelete
  2. haha boleh suruh mamak de-tour ke meja sendiri...

    ReplyDelete
  3. roti tisu kat umah k.es yang beberapa tapak juga dari kedai mamak tu bntuk cone tak sebesar camtu..

    I also like tose...tp makan yg biasa2 je. mamak tu heran k.es cicah dgn susu manis hahaha.. sodap!!

    ReplyDelete