Sunday, November 4, 2012

Ayam Duduk.....

Makcik mula tengok kat blogresepi lama dulu. Resepi tak terlekat tapi gambaran ayam tu terpahat di kepala.
Ijan pun sejak balik m'sia ni dah tak update blog dia...sibuk kut.

Bila nak cari resepi semula  lambatlah pulak.

Jadi dah teringin, makcik guna resepi sendirilah......


Ayam Duduk
(Roast Chicken la sebenarnya)
-makcik-

Cuci bersih, toskan;
1 medium chicken (makcik suka yg kurus, banyak tulang)


Blend semua bahan ni;
4 batang serai
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
6 biji cili padi (tambah sendiri ikut pedas)
1 teasp serbuk kunyit
2 tabsp tepung jagung


Campukan pada bahan yang di blend
1 teasp serbuk lada hitam
1/4 cup minyak masak (agak2)
Garam
Gula/Honey (jika suka, makcik tak letak)



Marinate ayam dengan bahan di atas, cucuk sikit bahagian ayam yang tebal supaya perapan masuk ke dalam.
Perap sejam - makcik perap semalaman.

1 tin coke (yang berisi air coke)

Oven: 180'C
Masa : 1 jam (ikut size ayam & oven)

Gunakan bekas yang dalam sikit, takut2 ayam tu terlentang nanti.....makcik guna my dutch-oven yg di lapik aluminium foil (tak nak susah gosok periuk tu nanti)

Buka tudung tin coke


buka cam ni saja


Letak tin coke ke dalam ayam yang berlubang tu, dudukkan elok2 dalam bekas.


Letak elok2....macam ni..


Bakar lebih kurang sejam. Lepas 30 minit pertama, check ayam tu...kalau bahagian atas tu dah agak hitam sikit, tutup dengan foil





Tutup bahagian atas....

Continue baking sampai ayam tu masak....



Siap!



Side view




Qurbani laaa....cicah ayaq asam







McK

18 comments:

  1. kelasss McK.. ayam duduk atas tin coke..hahaaha.. 1st time tengok.. insyallah nanti nak try test gak buat roasted chicken mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes better cuba...sedap...make yr own marinade pun boleh

      Delete
  2. Simple nyaaaa Mesti sedap ni! Ala2 Donna Hay gitchuuu Nak try buat lah. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple n Sedap wawan, buat la....bagi Hannah cuba

      Delete
  3. Ooooo..so tin Coke tu just utk duduk kan ayam lah ya makcik? Igt kan ada guna air Coke dalam resepi ni...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayaq coke tu will evaporate with the heat....provide moist and perisa.....tak la strong rasa dia

      Delete
  4. Replies
    1. Opocot! Makcik lupa letak situ ka? Kena letak la 4f8.

      Delete
  5. Hi Makcik, first time I see 'ayam duduk' as well see what it is......looks very interesting as well sedap makan tu.
    Ok, next time boleh buat 'ayam tidur' pulak, ha ha.
    You sure one creative lady......I can imagine bila jempu kawan2 datang makan and they tanya apa ayam tu....?
    Have fun, Makcik......
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam tidur you always see at kenduri kawin, they serve the pengantin......haha next time i'll try ayam wearing baju pulak...
      Have fun uncle lee and thanks for dropping by :))

      Delete
  6. amboiii, hebatnya ayam dok ataih tin coke. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap diyana....marinate lah dengan apa2 yg kita suka

      Delete
  7. salam sejahtera,

    Semlm makan ayam duduk di Bangi. Sedap!
    Tkasih kerana resepi ni, nak tirulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamaju, boleh cuba....boleh lumur apa2 saja yg kita suka...salt pepper honey, salt pepper rempah kari, BBQ sauce.........

      Delete
  8. patut la dinamakan ayam duduk, rupa2nya mmg betul2 duduk hahaha..
    first time tengok selalunya ayam golek sebab tergolek kan..hihihi

    saya amik resepi boleh?
    sure jadi perhatian anak2 ni...
    timekasih didulukan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. er nak tumpang tanya...adakah tin tu tin kosong atau ada isinya lagi?
      ni sebab terbaca jawapan dr komen daddy ziad ni hihihi..

      Delete
    2. Q, ambik boleh, sila bayaq pengeras ya :)). Cuba lah Q, first time makcik cuba pun. Sedap.

      Tin tu berisi coke, buka tudungnya and dudukkan ayam. Kalu tin kosong, ayam akan tergolek.....

      Coke tu akan evaporate and 'kind of' serap ke dalam ayam tu, thus providing moisture.

      Boleh pelbagaikan perapan juga.....

      Delete
  9. Menarik resepi ni.. Bila2 boleh cuba..

    ReplyDelete