Thursday, November 22, 2012

Nasi Daging



"mem, i nak masak macam you buat hari tu...cari dalam blog tak ada resepi..." that's my schoolmate Jun texting about nasi daging yang makcik pernah buat masa dia orang datang gather gather kat rumah few years back.


Kerap juga buat tapi entah pasai apa, tiap kali masak, tak sempat nak ambik gambar dalam keadaan 'bersedia' ;lawa2.

Yang dapat selalunya yang dah dalam pinggan....tidak terkecuali, kali ni jugak.



Juadah simple and sedap. No fuss.






Nasi Daging:

1 kg daging di rebus bersama 1 sudu besar cuka serta sedikit gula batu ( kalau x ada gula batu,  gula biasa.pun ok, nak rebus gitu saja pun boleh, asal daging empuk).

1 kg beras basmathi, basuh dan toskan (1kg beras anggaran 3 tin evaporated milk)  **

4 1/2 tin air rebusan daging (kalau tak cukup tambah air biasa)

4  sudu besar rempah sup *
2 sudu besar rempah kurma *
2 sudu kecil garam masala *

6 ulas bawang putih; hiris halus
2 bawang besar;  hiris nipis
1 " halia; mayang halus
3 kayu manis
3 bunga lawang

Sedikit daun sup/daun bawang potong agak2 1 "

Sedikit minyak untuk menumis ( boleh tambah sedikit minyak.sapi)

- Panaskan minyak & masukkan kayu manis & bunga lawang. Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, halia & kacau hingga lembut & naik bau.

- Masukkan rempah (*), kacau sekejap dan masukkan air daging, cukupkan rasa garamnya.

- Bila dah mendidih, masukkan beras serta daun sup/bawang.

- Masak macam masak nasi biasa.

- Hidang bersama kerabu timun & hirisan daging cicah air asam

Note:

- (**)  ikut sukatan sendiri, kalau guna, cawan utk sukat beras, guna cawan yang sama utk sukat air)
- Guna beras biasa pun boleh
- Boleh juga makan dengan dalca atau lauk lauk lain kalau suka.
- Makcik masak dalam rice cooker; letak beras dlm rice cooker. Tumis bahan2 dalam periuk lain, bila mendidih, tuangkan dalam rice cooker dan tekan 'cook' seperti biasa.

Air Asam:

Sambal belacan
2 biji tomato - hiris
2 bawang besar- potong dua & hiris nipis
sedikit, tomato sauce

Gaul semua bahan & cukupkan rasanya-tambahkan sikit air asam jika perlu.



Kerabu timun:

2 biji timun, buang kulit, 'cakar dgn garpu', hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris nipis
Sedikit hirisan cili merah & hijau sekadar nak bagi warna.

Gaulkan bahan atas dengan gula, garam serta sedikit cuka - sesedap rasa.

























20 comments:

  1. Beres...

    Hari tu dah try ayam duduk..

    Nak try nasik daging pulak..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn x cuba.....boleh serve sekali lebihan air daging tu as kuah utk org yg tak suka nasik 'kering'...

      Delete
  2. semalam nak buat ayam duduk last2 jadi ayam baring kihkih sbb buat sebelah je.follow sebijik2 ikut resepi makcik.memang mabeles..

    sabtu ni kena pi market ni, cari daging plak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha zee nak kasi ayam duduk mesti tunggu ramai orang makan baru berbaloi...

      Delete
  3. Macam senang je nak buat, tapi kakcik ni biasalah... kalau dapat makan terus lagi senang... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik, nak lagi senang beli rempah siap dalam paket di pasaran

      Delete
  4. Saya ni dapat tgk gambar jea laaa....meleleh air liurrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaahai ciaannnn abil. Kalau dok dekat2 sini boleh juga makcik buatkan

      Delete
  5. masa saya kawen dulu kenduri belah penang ini je MIL saya masak.
    huiii menjilat jari ongnismilan makan sambil lelap2 mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo Tijah kawen org penang eh? balik sini calling calling laaa

      Delete
  6. Hi Mackcik, tengok ni nasi daging sedap best. Ada sambal belachan to go with it?
    Is this Penang style cooking? Jemput saya, siapkan dua pinggan, ha ha.
    Mackcik kalau senang, not playing golf ke or watching TV 'sex in the city'....drop by my pondok...
    Saya pun baru lepas makanan ada recipe.
    Mackcik boleh try, buat your pakcik kelam kabote, ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle, usually nasi daging goes with air asam tomato (also sambal belacan + + actually).....tak sure if it is penang style....i bedal saja..janji simple n sedap.

      I peeped your pondok already...lots of recipe there...will visit with buku nota..hahah to copy recipe. Yr laaassstt time apple cake recipe also still in my safe (sleeping soundly.)

      Delete
  7. nanti kita pi market beli dagin la .. nak try jugak ;)

    ReplyDelete
  8. Sedap...sedap...sgt nampaknya...

    Macam biasa anak2 yg typical soal makan. Masak nasi tomato pun depa tetap tanya2 nasi putih. Menyampah...:(

    ReplyDelete
  9. sejak dok utara ni,saya in love dgn nasi daging ;)


    tapi belum pernah try sendiri ;)0

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga rempah siap dijual kat mkt...jenama iman kalu tak silap...lagilah senang

      Delete
  10. Waw! CkLah pernah makan di rumah kenalan kat Penang. Memang waw!

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mai la makan di rumah kenalan ni pulak :)

      Delete