Friday, January 14, 2011

Biskut "roti bakar"

Entry hari ni kira cam hentam keromo lah sikit (ish ish dah berapa tahun tak dengar 'hentam keromo' ni ye?)

Laaaaa, apasal makcik punya story kat bawah tu kena 'potong'? ni sudah error, takpa, you all baca dulu na, nanti makcik troubleshoot masalah ni....

Kita cerita pasal rotilah. Bila dah tak larat nak habiskan atau tarikh luput dah nak hampir, apa semua buat dengan roti?
Adakah;
  1. Bengkang roti - kat rumah makcik tak jalan!
  2. Bread pudding - hanyalah di'englishkan' bengkang kat atas tu...pun tak jalan!
  3. Bagi burung makan - burung pun tak banyak kat sini, kalau ada pun sedikit memilih.
  4. Breadcrumbs - buat jugak tapi tak terhabis pun
  5. Buat yang ni?? Haaaa, gerenti jalan sebab;
- boleh simpan lama, jadi sikit sikit, lama lama habis lah.
- cicah neskepe atau kopi..perggghhhhh.
- sungguh enak di makan begitu saja....(nyanyilah macam iklan roti terkenal tu)

Roti tak habis, di sapu butter, tabur gula, bakar garing....
dah sejuk, simpan dlm bekas kedap udara....hmmmm


Dah berhari hari makcik sibuk...... bergelut jahit nak habiskan order......


halfdone project


7 comments:

  1. esok nak wat biskut (roti) ni, sgt2 terliur & nasibbaik senang je klu tak harus mintak MCK courier! :)

    ReplyDelete
  2. buat lina, janagan tak buat...tak menyesal punya

    ReplyDelete
  3. Salam Makcik,
    rindu kat makcik la..lama tak datang sini. :)
    Roti bakar makan dengan kaya cap yoes pun sedap ni..ada plak air kopi o panas...yeahaaa... hihihihi... :D
    Ijan

    ReplyDelete
  4. Salam Ijan,

    Yes makcik pun rindulah kat ijan, bila singgah je masih pizza tu, cuma tadi buka baru ada yg baru....ingat mesti ijan sibuk ngan sekolah...
    biskut roti ni makan saja je dah sedap.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi Makcik, makan ni roti mesti ada iced coffee.
    Looks very nice.
    Love the colour, just right, not too burnt.
    For me I will put butter and sprinkle some sugar, best tu!
    As well tiga telor half boiled, chelop roti.
    Boleh kan?
    Have a nice day, Makcik....stay young and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. Hi Uncle Lee,

    Too much butter not goooooddddd, itu roti sebelum bakar suda taruk butter...so dip in iced kopi saja.

    Half boiled eggs? Oh yes, superb!

    makcik mau tunggu ayam bertelur, boleh dapat 'fresh' telur....

    ReplyDelete