Monday, February 25, 2013

The impossibles........




Pakcik : eh kalau orang pompuan boleh kawin pat (read: empat), macam mana ha?

Makcik: ha macam mana lagi.......ber-kole kole lah ayaq mata jantan akan jatuh ke bumi.

** kole = mug


HAHAHA....nama pun impossible kan jadi janganlah di pertikaikan jawapan diatas itu....



Baru nak pos entry ni.....dengaq pulak dalam tivi.....

" ooooooo pukau tu bukan panjang macam pistol ye..."
Tanya tuanku pada tok bendahara......Nujum Pak Belalang

HAHAHA.....

 TV2  tengah tunjuk cerita Nujum Pak Belalang....









Ape mi-ker tengok tengok......pandang belakang!
Masa ni kan tuanku kena merangkak masuk gua


P Ramlee....full of creative ideas....tak jemu tengok

Friday, February 22, 2013

Craft......

Salam jumaat....


Lagi......seni ( kononnn)





Untuk anak kawan yg nak bertunang esok.......

Selamat bertunang ababg apit (nama betoi tak tAu)





Tuesday, February 19, 2013

Calla Lily...

Bila tangan yang ber se-noi cuba ber se-ni...............







Silalah abaikan ke-tidak-licinan cake topping tu.


But i still want to credit myself....good try, quite a nice one though not perfect.

Masih banyak lagi nak kena belajar rupanya......

For majlis tunang anak kawan

Sunday, February 17, 2013

Ohhhhhhh.....OHSEM.....

Come weekend, our early morning 'treat' is cycling.

Tu pun kalau tak hujan & pakcik tak outstation lah.

Pagi sabtu n ahad baru ni pun sama..........we cycled -  only at different places.

Sabtu;

Kita cycle kat Sg Dua, seberang perai. Jadi kena lah angkut basikals (dua okay) naik kereta.

Kalau di sini (sg dua), we usually cycle along pathways between the paddy fields dan juga atas jalan. Sekarang jalan situ tak sempit macam dulu dulu dah.....hehe kalau sesempit jalan dulu dulu.......harus lah makcik dah 'terjunam' or 'terbabas' masuk sawah tu...hahaha you know what i mean.

Jalan kat sawah dah lebar......sesetengah nya bertar lagi...bukan untuk layan para cyclist ya tapi untuk senangkan Harvester nak lalu...yalah sekarang ni pesawah pun dah tak turun sawah potong padi lagi kan......semuanya mesin gedebak tu lakukan.






 Jadinya pon sekarang ni tak dapatlah kita tengok makcik & kakak melenggang tepi jalan ayak padi tu.......missed that scene



Mr & mrs google in action

Pagi pagi lalu situ memang best, sejuk mata memandang kehijauan suasana........


pokok yang "ohsem" di tengah2 sawah


couple yang sungguh ohsem juga .......
kayuh tak ada la hebat mana punnnn, 
posing mengalahkan pro.........
errrrr pro posing camtu ke? HAHA




our cycling buddy....LWS n CYL









Warning: Walau kaki tidak jejak bumi...................
 itu bukanlah hantu kak limah ye





Mengail haruan katanya......
ish ish harini lunch mesti depa makan 
masak lemak ikan haruan noooo...
tak pun asam pedas haruan........
tak pun haruan bakaq cicah ayaq asam..........
ohhhhh ohsem jugak ka? :))


Distance covered: 28 km


Ahad;

Kita cycle kat penang island so basikal tak naik kereta......:))





watak utama....kapel yang perasan pro ni laaaa



My all-male cycling buddies............
from left Mr L, pakcik, amir, LWS



berehat kat Gurney Drive before making a return journey


Halfway masa nak balik tu....aduhaiiiii, rasa macam nak tahan je bas rapid, tumpang balik rumah...HAHAHA penat semacam tapi tak lah teruk sangat.......penat manja manja saja.....

Ingat pasai tak pekena nescafe sebelum pi kot...booster tak dak and we don't stop for breakfast....ya lah satni dah kenyang, confirm lagi tak larat nak kayuh....

Lepas dah berpecah (they stayed about 3 km from our place), pakcik and me decided to take another route home......berbukit sikit. Bukit??

Haaaa, nama jalan tu bukit gambir, tapi tak adalah hilly sangat.....macam busut besar je...tapi kannn, makcik tak larat nak kayuh naik itu busut tinggi...hehehe PANCIT. Jadinya makcik pun walk-side-by-side-with-the-bicycle, sampai habih slope.....abt 50 meters kotttt.....

Lepas tu okaylah, cycle sampai balik rumah..........

Sampai rumah.......... heheheh(hai makcik, penat pon boleh hehe hehe lagi??) minum cam lembu........100+, air tebu, air kosong and nescafe.........

I mean banyaknya air yang di minum....lembu tak minum 100+ kan kan?





Our Brunch.......roti canai banjir..
beli kat kedai mamak, balik makan di-rumah



Sunday - distance covered : 40 km (woish...)





McK






Friday, February 15, 2013

Char koay teow

Hmmm yesterday lunch makan koay teow thng.

Thng disini bermaksud sup ya, bukan nya kependekan bagi perkataan "terhangat" hahaha....sapa paham sila la kita senyum secara jemaah :))....gelak kuat satgi dia merajuk pulak.

Malamnya pakcik buat char koay teow.....mmg best koay teow pakcik....


Koay teow, taugeh, udang, cili paste, kicap pekat, kicap cair, sos ikan, bawang putih tumbuk, telur, kucai

Tumis bawang putih, masukkan cili paste n udang.
Masukkan koay teow, kucai n taugeh.
Add kicap cair, kicap pekat n sikit saja  sos ikan
Kacau sekata....'tolak' koay teow ke tepi(masih dalam kuali ya) add minyak sikit and pecahkan telur.
Scramblekan dia sikit then gaul sekali dgn koay teow tadi.


Siap!!!!!.

Pakcik , Char Koay teow  satu!






Thursday, February 14, 2013

Koay Teow T'hng...

Adehhhh, Lawatan ke rumah kawan2 tak habis lagi...........

Tak pa...satgi makcik continue......sibuk sikitttt je satu dua hari ni........

Hari ni buat koay teow thng;




Simple saja;

Kuah: 1.5 l air + 2 chicken cube (stock) + lada sulah di rebus.

Koay teow, fish ball etc, taugeh, sayur di celur.

Garlic oil: cincang bawang putih & goreng (simpan/ambil bawang dgn minyak dia sekali)

Kicap: kicap + cili potong

Note: Mesti nak letak bawang n kicap tau sebab kuah dia tu kan very very plain.


source: google image

Cantik kan? Esok esok lah kita cerita pasai bunga ni no.......





McK

Saturday, February 9, 2013

Chenta hati......

Pagi sabtu....



Southbound traffic yang lengang..Vs Northbound yang super banyak.....alhamdulillah kami kat jalan yg lengang tu......




Dihiburkan oleh son1 dgn lagu2 maikel jeksen/bruno mars. Ada gaya penyanyi jalanan?


Waktu sama teringat pulak kat son2 yg tak ikut.....teman tok kat rumah.....

Esok pagi2 dah nak balik pearl island semula....moga traffic sama cam kami datang tadi....aaminn

Hapdate kat tepon je..tak leh buat lebih2 keybd kecik  sgt.



McK

Friday, February 8, 2013

Sisik terbang....

Pernah tak beli ikan yang belum di-siang (kita org utara kata pe-siang)?

Sebenarnya semenjak banyak tahun ni.....alahh sejak abang2/apek2 kat market tu bagi servis istemewa ni, makcik dah tak payah nak siang ikan teruk teruk dah.....
Balik mai, cuci sikit and bersihkan dgn air asam garam je....siap.

Bila dah depa bagi servis cam tu, hmmmm che kiah ni pun makin eksyen la kan.....

" Saya mau ikan tu, you boleh siang?"

"Oh, saya tak senang ......."

"okay, tak senang , u simpan la itu ikan...."       eh eh tak lah kata kat dia kannnn..... itu sudah kira kurang sopan

Tapi ada juga ketika bila orang gi memancing and bagi kita ikan...fresh laaa...gedebak lagi...tapi.....

Kena cuci sendiri la.....

and makcik cukup tak suka bila masa buang sisik tu......haishhhh berterbangan habih merata rata.............itu sisik laaa

Mengada jugak kan? Dulu2 tu boleh ja buat.......

Dulu ada ruang belakang rumah boleh buat segala kerja ni semua...now, belakang rumah pun dah jadi dalam rumah, and sink pun kecikkkk, mana selesa lagi kan   - sendiri bagi alasan, sendiri jawab...

My solution:













Letak ikan dalam bag plastik.....
pandai pandai lah adjust plastik tu............
 supaya sisik ikan tidak lompat sana sini




McK

Thursday, February 7, 2013

Nasi Ayam...

Son2 mintak buat nasi ayam, jadi i thought its good to find/do something slightly different from the one i used to do.

And dapat lah resepi ni;

Resepinya kata ayam penyet, tapi tang mana penyet pun tak tau, so makcik taknak lah guna penyet (nakk guna mancung boleh?? :-D )

Ayam: - sedap

Sambal: - Best (son2 recommended this sambal in future nasi ayams)

Nasi: - Biasalah


Derhaka juga........
ayam tak goreng..taruh dalam oven saja....
tuang sikit kicap pekat (nak emulate garing),


Nasi Ayam:

sumber:   sini   (sila rujuk sini untuk lebih original ya)
Makcik ringkaskan saja sesetengah step tu;


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi juga)
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam (**)
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

(*) - makcik guna yang serbuk; 1/2 tsp jintan manis, 1/2 tsp jintan putih and 1 Tablesp serbuk ketumbar.

(**) - makcik guna 1 Tablesp



Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


(***) - makcik tak guna ikan bilis and belacan serta tomato...(MIL tak mkn tomato), cili padi pun sikit je



Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-makcik tambah kayu manis, bunga lawang & rempah sup and carot yg di dadu kecil.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Nasi:
Sukat beras ikut berapa org nak makan, masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan, ketuk halia, garam, daun pandan dan masak dalam rice cooker.


McK

Wednesday, February 6, 2013

Soalan: How to de-spam

Few entries back, makcik ada bertanya macam mana nak de-spam.

Sebelum tu sebenarnya, makcik tak pernah tau ada bendalah ni sampailah kawan makcik bagitau yg komen dia dalam entry makcik tak masuk (i mean his comment/s not published in my entry's comment box). Dia suruh check spam.......

Ha? aku tak tau pulak ada komen akan masuk spam? Sungguh makcik ni kot buta IT, i don't know this exists...dah lah jenuh mencari tang mana ada sebut spamnya...

At last jumpa lah jugak and true enough...memang komen kawan makcik ni masuk kat spam.....

Soalan yang makcik tak dapat jawapan sampai sekarang is:

How to de-spam a person? Macam mana nak buat so tiap kali komen dia terus masuk komen box.

Jadi sesiapa yang tahu jawapan, mohon share kat sini ya...

Cakap pasal spam ni........lepas dah godek godek cari tang mana spam ni duduk....... banyak rupanya komen yang dok parking kat dalam tu. Mostly from anonymous lah.......


Hilighted in blue is one of the comments, extracted from the many comments in pic below...

Yang hilite in red tu pulak adalah topik entry makcik yang dia tu baca.....

HAHAHA apa cer?

"helpful data....." from the so-called entry on how to make soya bean jelly?

Patut lah encik Blogger letak yang ni dalam spam kan?


"Wow! Finally I got a website from where I be capable of really take helpful data concerning my study and knowledge. Feel free to visit my web blog : lägenheter i Alanya Turkiet on Soyabean Jelly"










My ultimate soalan is still: HOW TO DE-SPAM genuine comments



McK

Tuesday, February 5, 2013

Asah Minda...............



Dia bagi soalan, kita  jawab..........


Betul.........


Dia pun bagi hadiah.



Terima kasih, walau tidak menepati syarat2 penyertaan :))




Ni la soalan dia.....



bagi kekosongan untuk A= __ dan B=__













Terer jugak kita kan?








Ni jawapan kita;

A - 91  ;    B - 30



McK



Sunday, February 3, 2013

Kat situ jugak laaaaa...............

Nampak dak signboard kat sebelah atas kiri tu?



Kat situ jugak la depa nak buka meja




Gagak pun dah ala ala manja je...jinaknya



 Sampah pun.............ish ish

Mungkin juga larangan dulu tu dah di tarik balik...tapi papan tanda tu tidak di turunkan.....

Tong sampah kenalah letak banyak banyak.......setengah mangkuk hayun ni pun satu jugak....tak reti nak buang sampah elok elok.

Gagak tu tak boleh nak kata apa lah kan.....ngan makcik pon depa manja jugak....sebab dok jamu depa buffet kat belakang rumah.






McK

Friday, February 1, 2013

Salam Jumaat.....

Dah masuk bulan february dah............begitu cepatnya masa bergerak.



Petuanya makcik..kena update blog sendiri dulu, baru blogwalking...ekekekekeke


Petua yang memang betul...................tapi pagi ni lawat jugak tiga empat lima buah rumah.

Kena update cepat pasai sat gi nak pi turun masak pulak......urat rajin tengah kembang ni........

Hari ni you orang breakfast apa?

Makcik?











My favourite....biskut lutut (walau tak serupa lutut) 
cicah nescafe dalam mug cap setabak. 
Ketagih sebenarnya...dah makan roti canai dah sebelum tu..

Semalam?( i mean last night)  Oh,  home-made dinner  with son2........







Chicken pocket, portobello mushroom & steamed broccoli 






Padan muka, kena tinggai lagi............

Pakcikkkkk balik cepatttttt...... hahaha macam lah dia dengaq nooo..


Yang last week kena tinggai tu.......ni boleh tengok sini....


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=w4qVJR0cG08#at=20

(ish, sorry tak tau pulak nak letak video sini....nanti nantilah makcik dah terer i upload okay)

Have a pleasant weekend all

McK