Thursday, September 19, 2013

Pakcik pun sibuk....................

Nak cerita jugak....

Nak interframe jugak...

Jugak jugak jugak, suruh makcik buat entry ni....

Siap bagi photo2 dia suruh makcik tayang kat sini......

Alaaaaa hai pakcik :)))

Ok ok......

Salam khamis adik kakak abang kakcik bangcik makcik pakcik sekelian.............

Dengar dengar............

Alkisah, sabtu lepas, pakcik & gang (makcik tak masuk gang) pi jalan-jalan-cari-gambar.

Lokasi 1: Muzium Antik Bukit Mertajam

Banyak barang2 lama dipamer di situ dan ada juga yang boleh di beli.

Sebagai teaser.........................

Rasa rasa bila tengok ni, dia ni nak mai penang pulak dak? mai mai sila sila.... :))













Lepas dari muzium tu, pakcik & gang berjalan lagi......


Lokasi 2: Rumah Pakcik Lupanama di Kuala Kurau

 pula ke Kuala Kurau. Tujuan mereka untuk melawat sebuah rumah milik sepasang warga emas.

Dirumah tu (katanya) ada perkakas2 bersawah (antik lah tu).

Tapi bila sampai di situ, hati mereka dah sebak tersentuh melihat pasangan itu, rumah agak besar tapi tak terurus.......................

Sudahnya mereka pakat2 pi beli barang2 keperluan harian juga hulurkan sikit wang pada pasangan tu.





Kata rakan pakcik (husband ai)..
"kalau pakcik (warga emas) tu tengok gambar ni, 
pasti dia menangis sebab nampak cantik sgt..." 




Pakcik yg my pakcik dahlupanama





Pakcik Lupanama's tool; once upon a time


Mood hari tu: Sedih, sebak, insaf,

Moga Allah kurniakan pada kita hari hari mendatang yang lebih baik, aaminn.





McK




31 comments:

  1. cantik gambar2 pakcik ambik....yg rumah tu, memang lawa

    ReplyDelete
  2. Rumah lama memang cantik, berseni semakin cantik kalau terjaga.

    Doa kita moga makbul makcik.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok gambaq2 ni... makchaq pun sedih bila tengok warga yang lebih emas dari makchaq terutama yang masih kena kerja... yang dok berdua ja.. yg dok sorang lagi la...

    Sedaq jugak makchaq pun menuju ke arah sama.. tapi tetap kesian..

    ReplyDelete
  4. adoiii sebak tengok muka pakcik tu..dia memang tinggal berdua je ke?seb bek la geng2 'hero' pi melawat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya berdua....katanya jiran dok tlg belikan barang2 keperluan

      Delete
  5. Syioknya tgk barang lama. Mama pun teruja konon nak simpan, tapi barang tok nenek semua dah hilang entah ke mana...nak beli mahal1 hehe mama berangan nak duk rumah kayu lama2. skrg kalau berjln mesti tgk2 rumah dulu2, terasa masuk ke hati.
    Ceritalah lagi pasal ni...


    Suka tgk Mck ni lawalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah design lama mmg cantik n berangin kan. sekarang nk buat rumah cam tu...hmmm bahaya kot

      Delete
  6. kirim salam pada Encik Troy16
    selalu saya intip gambar dia di Flickr
    Kagum!!


    uih!!
    cheq dah tanda rait dah sat ni muzium tu dalam buku kecik cheq.. nanti cheq nak terejah!


    alhamdulillah.. ada orang berhati mulia macam Pakcik dan gang

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik dah jawab salam....ya lagi sekali mai harap ada rezeki nk jumpa ye

      Delete
  7. sgt cantik gambar pakcik amik. mcm dlm lukisan.. ;)

    ReplyDelete
  8. Kesian pakcik tuan rumah yg cantik tu kan...sedih tenguk keadaan dia..

    ReplyDelete
  9. salam.. lama dah dok jenguk blog makcik, baru nak komen. xtau plk kat BM ada muzium antik. kat mana tu? tersentuh jugak tgk gambar pakcik(warga emas) tu. teringat org tua di kampung pon tggl berdua je. tp alhamdulillah masih kuat. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak ingat nak tanya pakcik lokasi dia.

      makcik dah yatim piatu....

      Delete
  10. Settttt!!!
    Muzium AntikBukit Mertajam...akan diterjah,Insya Allah.

    Gambar rumah pakcik tu ,lepas di kemas oleh Pakcik & The Gang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhhh...tak adanya depa nak kemas...kalu ya pun ubah ubah je kot

      Delete
  11. Sejak dulu lagi saya meminati gmbr pakcik Wan. Kirim salam kat pakcik yer...

    ReplyDelete
  12. gambar atas sekali tu kat bm hill kah..? atau di mana...? cantik sangat. enteprem pun enteprem lah...

    ReplyDelete
  13. tu dekat muzium antik tu...mana ntah di BM...nanti makcik chk detail ngan pakcik

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. gambar pak cik2 tu paling unik...selamba..asli punya...nice.

    ReplyDelete
  16. Muzium Antik tu di Tanah Liat, BM. Di tepi jalan (y)

    ReplyDelete