Tuesday, December 15, 2015

Kembang setalam



Suatu hari minggu, makcik and pakcik bertandang ke Botanical Garden di sini, saja nak jalan ambil angin sejuk pepagi Ahad :)


Ramai orang, tua muda ada kat situ.....jalan2, lari2, naik bukit, berbasikal naik bukit (bayangkan lah!).

Kami jalan kaki naik bukit ikut jalan tar.

Suku perjalanan dah 'pancit', masa tengah rehat sebelum turun semula, lalu lah seorang senior citizen.

Dengan relaxnya, dia berjalan turun bukit, sebelah tangan pegang payung, muka senyum ja.

Malu aih tengok dia macam tu...kita yang muda sikit dari dia ni pun tak larat!

Jadi, azam tahun baru???? cehhhh

Nak jadi lebih fit lah, nak kena rajin jalan jalan keluarkan peluh.

Basikal tu pun dah lama sangat rehatnya....time to hit the road again.....


Beautiful Sunday






Dekat dengan pintu masuk ke taman ada kolam yang di tanam(?) dengan pokok water lily.

Yang menarik perhatian makcik adalah pokok yang ni....

Daunnya kembang tapi ada 'lekuk' di tepi menjadikan dia macam talam.



Beberapa talam dari satu 'akar'nya



Bunga juga lain sikit





Putih dan merah..



Yang ni bunga dari water lily species 'bukan-talam' 



Walau pun naik suku bukit ja.....penat juga weh.
Jadi kami pun bersarapan lah di cafe dekat situ




Haruslah nak kena kuatkan semangat untuk beriadah semula selepas lama cuti.....

Let us jom pakcik!   dan yang lain2.


McK



11 comments:

  1. unlce ni kayoh basikal yg dalam bilik tu pon malas! hhuhuhu

    ReplyDelete
  2. wah bekpes western tu....

    tu bunga telipok ke mcK..?

    usah kata McK .. saya pon semput turun naik tangga kat opis.. setingkat je pon.. uhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hup hap hup hap penat tu la berazam nak eksesais semula

      Delete
  3. Hi MCK, nice outing and same time can exercise too. At our age need to do walking exercise to get rid of uric acid to prevent all the pain and ache. The water lily very beautiful.

    Best regards,
    Amelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are right Amelia....walking is the best for us; won't stress the knee and free ;)
      U hv a pleasant day

      Delete
  4. bestnya.... dah lama tak ke situ. next time bila ke sana nak singgah juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada pilihan datang masa bukan cuti, tak lah sesak sangat, kalau tak jadi rimas dgn orang

      Delete
  5. cantik nye pemandangan kat situ makcik.. rajin makcik berjalan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena paksa rajin hanie, kalau tak badan sakit sana sini

      Delete
  6. ni taman yang banyak kera yang suka rampas barang orang tu kan??

    ReplyDelete