Romancing the sun..............
Lepas Gunung Lang boat ride.......on the road semula..................
Then we realized we mengantuk weii.............cuaca pun panas.......
Masuk drive thru along the way...makan dlm keta sambil mata melilau cari sarang..........
Mulanya try satu resort kat Teluk Batik, tapi ramainya orang di sekeliling tempat tu....pening kepala....
Finally by noon, kita dapat juga ...........
Apa lagi...bum lah kejap.........
4pm kita keluar, mana boleh waste time kan.....
To marina island, pusing pusing...banyak tempat masih dalam pembinaan walau jetty baru ke Pangkor sudah berfungsi....
Marina Island adalah lokasi baru, menempatkan jetty ke Pulau Pangkor, ada kawasan parking yang besar.
Pakcik nak tembak sunset, tapi matahari pun cam malu malu.............
Kami ke pantai melalui kampung nelayan bersebelahan dengan jambatan ke Marina Island tu.
Makcik perhatikan, kebanyakkan remaja kat situ mempunyai aktiviti tersendiri; membantu di warung/restoran berdekatan, menjual buah, membaiki jala atau membetulkan apa-apa 'structures' berkaitan di situ.............betapa beruntungnya anak anak kita yang waktu senggang mereka dihabiskan dengan main game atau hang-out kat
kofibin kan. Insaf!
Tak ada gambar nak ditunjuk sebab tak ada subjek interesting.............kita orang balik sarang lah....on the way tu singgah makan siap siap, walau tak cerewet bab makan tapi yang ni ......hmmmmm.
Nota: Hotel ni walau pun rasanya tak ada bintang as compared to our previous hotel, tapi ada astro & free wi-fi, jadinya makcik pakcik pun layan astro & internet lah
Esoknya lepas check out sekali lagi perjalanan ikut tayar kereta yang berpusing...............
Kami singgah lumut...kawasan jetty lama ke Pangkor...pun ramai orang di situ.
To compensate an empty day, kami ke 'muzium kapal', sorry dah lupa apa nama dia......
Ia adalah kapal perang suatu ketika dulu..
KD Rahmat. Dengan bayaran RM12 seorang, kita dapat naik ke kapal tu. Dapatlah kita bayangkan keadaan kehidupan kelasi masa bertugas....bilik enjin, bilik mesyuarat, bilik tidur, bilik mandi, bilik sakit (sick bay), bilik meriam etc....
Laluan tengah agak agak muat orang size 'medium' berselisih, kiri kanannya menempatkan berbagai bilik seperti di atas.........
Ohhh, boleh bayang, kalu belayar selama 6 bulan....bilik kecil, keluar bilik tengok laut terbentang.....makcik rasa, mereka mereka ini dah di'saiko' kan longggg before they really go sailing...kalau tidak, mau ramai orang histeria kat atas kapal tu.
Pengalaman baru...an eye-opener....kita rasa kerja kita teruk....orang lain pun tiada bezanya....
Pelantar ke muzium 'warship'
Aye aye Sir
Makcik pasti adik adik yang 'adventurous' akan sukakan tempat ni....
Jumpa juga Teluk Senangin di dalam 'peta perjalanan kami'......satu tempat perkelahan, ramai orang memancing hari tu...ada pertandingan kot......
Kita lunch dekat salah satu gerai, bertemankan lalat yang amatlah banyak...:(
Sambil drive kita dengar berita radio mangatakan jalan2 ke Teluk Intan, Selangor,Melaka..........mula di naiki air......
Hajat nak turun sampai Melaka tak kesampaian.........
Kita singgah Taiping.....................
Sempat lah berlakun satu babak filem hindustan ....
The many 'actions' of pakcik, sepanjang 3 hari tu
http://youtu.be/UCO0GKautOo
Shiling pun dah habis :))) ....jadi kita pun menghala ke alam nyata.................
Home Sweet Home..............
Penang??? Owhhh Summer lah