Sunday, December 29, 2013

29 Dis 2013............

Lamanya tak update blog..................

Masa agak terhad kebelakangan ni.....

Alhamdulillah, kesihatan MIL semakin baik,

tidak perlu lah "24-hour surveillance" kata orang

tapi masihlah tak boleh di tinggal sorang lama lama

Bila lama sepi.................

Maka blog pun bersawang................

Otak pun berkerawang.................

Macam tak tau mana nak start...................






Acar Limau MakTam



Masa mil sakit hari tu adalah kaum kerabat dari pantai timur datang ziarah.

Dan  kebetulan di rumah  ada  mak sedara yang tolong bantu jaga mil...

Jadi sedara dari Ganu ni dah request mak sedara ni buatkan acar limau .

Makanya pagi2 keesokan harinya, pergilah makcik membeli barang2 yang di perlukan untuk buat acar ni......dia orang nak pulang petang hari yang sama

Kiranya, tutorial untuk makcik jugalah........




Makcik tak ada sukatan khusus, cuma agak2 saja....nanti kalau buat sendiri insyallah mck bagi sukatan.

Bahan2 yang di guna untuk acar limau:

A
Hirisan bawang merah, bawang putih, halia , biji sawi dan juga kulit kayu manis untuk menumis

B

Bawang merah, bawang putih, halia di mesin halus 
Serbuk kari daging


C
Cuka

D

Limau kasturi, belah 4 tak putus, buang biji, perah air dan rebus sampai lembut, toskan.
Kurma
Kismis
Buah melaka (yg warna warni dlm gambar tu)
Lobak masin, rebus & toskan


E
Gula

F
Bijan; di goreng

G
Bawang merah, bawang putih, hirisan halia(julienne), di goreng dengan sikit minyak hingga layu/lembut


Bila siap semua ni, baru lah kita mula..............

Panaskan minyak & tumis A. Bila kekuningan masukkan B dan sedikit air.
Kacau selalu & biar sampai air kering sikit & naik minyak*.
Masukkan C, masak hingga mula mendidih.
Masukkan D.
Masak dengan api sederhana sampai pekat (agak2lah yang ni)
Masukkan E, kemanisan ni atas 'budi bicara (cousin kata "kalau kat ganu ni, kita kena maneh lagi" )
Bila dah sedikit pekat, tutup api dan biarkan acar tu sejuk sikit.
Campur F dan G


Note:


  • naik minyak*   - harap paham ye apa itu naik minyak...bukan yg lembu mengamuk tu tau :))
  • Bila sejuk, acar ni akan jadi lebih kering, jadi kena agak2 lah masa nak tutup api tu....
  • Jangan di campur air (kecuali  masa nak masukkan rempah tadi saja)





McK





Thursday, December 12, 2013

It Works...................



Alhamdulillah, my cloroxology works...at least until now....already past my one week suspense.......

Terima kasih pada yang bagi suggestion untuk avoid sang kucing dari 'down-loading' di tempat yang tak sepatutnya.....

- Minyak Tanah
- H2O aerosol
- Half-filled mineral water bottles
- Lemon zest
- Kasi kucing minum klorox?? hahaha...
- Cacak kulit kayu manis kat empat penjuru

Terima kasih banyak2, pada yang ada masalah sama macam makcik, sila lah pilih dan cuba salah satu dari petua ni, moga berjaya.

Setakat ni makcik dah berjaya....tak kan kucing tu nak tahan berak sampai seminggu kan? mesti dia dah dapat port lain untuk 'download'


Ok lah, makcik pun agak2 ke'tandusan' waktu sikit masa ni.

Insyallah, ada peluang, kita jumpa di alam maya lagi ye...

Mintak maaf banyak2 pada rakan2 blogger yang datang ke Penang pada waktu ni.....makcik tak dapat nak berjumpa ya, sebab waktu nak 'keluar lama2' amat terbatas.

Tak ada sangkut-paut dengan cerita......hanya untuk hiasan




......My 3 heroes pakai baju Kedah...auwwww




McK



Saturday, November 30, 2013

Sun-less Saturday.....

Agak awal nak kata tak ada matahari.................

Tapi dah dekat pukul sebelas dah......................

Cuaca luaq tingkap, mendung, jalan pun basah......

Hujan hujan manja ....................

Makcik&Pakcik pi cycling pagi tadi....masa tu tak hujan.

Awat dok cerita pasal cycle saja ni....

Sajaaa...........naik basikal tu riadah, bukan nak eksyen :)

Tapi masa dok kayuh tu, terserempak la dengan 'orang2 asing' ni pi kerja...

Tempat kami lalu tu......kira depa kerja kat construction site la....

Ada yang jalan kaki, ada yang naik basikal, ada naik motor.

They progress with time.

Kagum juga tengok semangat depa, walau sikit geram tengok kat mana2 pun sekarang ni....

Muka depa.......





Ni bukan muka "depa"
Ambik nafas sekejap lepas kayuh



20km 'reward'....
gambar ihsan chef google


Perang dengan kucing belum tamat, i was lucky yesterday, no 'download' . Hari ni kena sambung lagi petua, moga berjaya....



 Moga langkah kita di berkati, jangan putus berdoa.....










McK



Wednesday, November 27, 2013

WAR - no peace.............

Ish marah nampak makcik....

Marah??? Yes i angry lah....

But i don't turn green laaa....

Tak makan orang punya.................

Story story.................................

Rumah makcik ni, i mean my porch tu semuanya dah di simen....tak ada rumput/tanah lagi............

Tapi kan, adalah seciputt tempat tu kita letak batu2 kecik...nak buat 'taman' kecik la pon......



Besaq ni ja pon, dengki tau kucin tu


Tetapi........semenjak dua menjak ni, asyikkkkkkk lah busuk masam baunya................

Sapalah lagi punya kerja...........

Kucing la...

Tak tau sapa punya, tak pernah terserempak pun....

Pandai dia cari time kita tak nampak.

Not that i don't like cats, but i really don't like the smell of the poo poo.

Buleh gugoq habih bulu idong......

Asyik dok kena buang taik ja............ai geram kottt

So tadi beli ni.



Tuang atas batu tu.............



Harap2 dia tak melabur kat situ lagi....

Makcik tak larat nak collect dividen dah.



Sapa2 ada petua tolong bagi tau dengan kadar segera ya




McK






Friday, November 22, 2013

You make My Day......

Salam Jumaat.

Baru perasan yang minggu ni tak dak entry langsung!

Wah, masa betul betul berlari....rasa baru isnin, hari ni dah jumaat.....

Makcik nak menjahit sebenarnya.......

Tapikan mesin jahit dengan computer ni sebelah menyebelah......kira jiran laaa..

Sebabnya, dulu mesin dok bilik lain. Pakcik selalu "on the computer" and makcik always "on the sewing machine"

Never mind if the english is wrong ya...just  say..."Ohhh, her omputihhhh..."

Pakcik miss me so much (cewahhhh, pakcik, you read this? :=D )

Sudahnya, mesin jahit berpindah bilik, jadinya penuh sesaklah bilik nih....

Ok ok back to story...........

Sebelum on mesin jahit, on computer dulu.......

Lalu sembang sembang kat FB.................

And you know what??

She managed to 'make' me.

Thank you dak Iyra,

you make my day




Hahahah....












McK





Wednesday, November 20, 2013

WW














TQ Ms Google




McK






Saturday, November 16, 2013

Sapa cerdik...tolongggg....

Hahahah bukan la sangat distress call......

Saja nak buat manja manja..................

Makcik ni bukan lah cerdik sangat pasal computer ni............

Lagi pun malas sangat nak baca2 cari solution bila ada masalah..........

Kira nak cepaaaat je.................

Sapa boleh tolong bagi tau cara cepat............

'Label' makcik ni banyak sangat laaa...........

Nak buang setengah..............dah cuba...............

nak buang tak boleh.............nak tambah cam otometik........

Helpppppp.....




Ni lah dia 'label' kat kanan blog makcik tu.......

eh, awat kecik sangat??

nampak ke u ols? (hahaha u'ols tu bahasa apa ye...org muda2 melayuomputih dok guna....)

makcik pun ala ala melayuomputih jugak....guna pi lah............


Sesiapa yang dapat tolong makcik menyelesaikan masalah diatas, didahului dengan ucapan terima kasih. :))


Tak ada sangkut dengan cerita di atas:

Yang nak Mai cuti cuti Penang & berhasrat nak naik penang hill, sila jangan lupa bawak MyKad, student card ya....harga tiket RM8/- , warga emas RM4/-, no MyKad (foreigners la tu) RM15/-












McK






Friday, November 15, 2013

Salam Jumaat.......

Esok dah Sabtu....kira hujung minggu la kan.....

Sekolah pun hari ni last................

Sibuk lah rumah2 yang ada anak2 sekolah.....

Jalan juga akan mulalah sibuk....orang cuti.

Kenduri pun start lah..........ohh, tapi sekarang kenduri dah tak tunggu cuti sekolah lagi kan...

Too few holidays and too many couples getting married..

Tapi bila cuti sekolah, tetap banyak kenduri...

Selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat bercuti bagi yang bercuti....



Kemarin (semalam kata orang selatan), orang datang pasang tingkap kecil bilik air yang dah roboh...

Juga untuk salin bumbung yang pecah.......dek terkena hentakan masa orang mai pasang aircond beberapa bulan dulu.

Yang pasang air cond ni kasar, kontraktor lain pasang tak merungut pun, tapi dia pot pet pot pet...

sudahnya bumbung pecah.......tapi makcik tak tahu pun...sampailah satu lagi contractor datang...untuk betulkan apa yang tak betul masa contractor sebelum tu buat....

Pening??

Ceritanya: Makcik beli aircond dari kedai harvey....utk ganti yg lama.....depa hantar contractor utk pasang.....ada sikit tak kena.....contractor dari company jenama aircond tu pulak mai tengok

Cuma sedar bila air hujan sudah tembus plaster ceiling kat hall....

Basah la bila hujan.....haishhhh

Apa kaitan, bumbung pecah dengan tingkapBilik Air yg roboh tu?

Kontraktor yang mula tu lah yang punya pasal (walaupun mmg tingkap tu dok tunggu masa nak roboh)

"Gua akan make sure you tarak mai buat kerja kat rumah gua lagi!"


Dua 'apeks' sedang membaik pulih..... 
bumbung/tingkap rumahgua :)


- Nak pi market sat...jalan kaki je.....

- Missed my sons :(



McK




Thursday, November 14, 2013

Steamboat.....


Ala ala saja.......serupa tapi tak sama.........

Bila dah buntu nak makan apa.....................

Beli la apa2 sayur, tauhu....




Letak dalam talam


Rebus air bersama bilis stock (or whatever)
masukkan sayur-sayuran


Hidang lah bersama cilipadi kicap



Ada udang...cincang, campur kicap, lada, daun bawang....bungkus ...goreng..

Ya Allah, boleh lupa nama bendalah ni....
maaf, serious makcik lupa nama benda ni




Cicah dengan sos cili thai saja








McK




Wednesday, November 13, 2013

iklan................

Buy one free two...........


Gamaknya lah ya.....

Kalau tidak, takkan ada disitu kan kan....








Kenapa mesti ada pompuan bila yang nak di tunjuknya adalah kereta..........yang sudah pastinya di'park' dengan menggodanya kat situ....



McK






Tuesday, November 12, 2013

Gula tu manis.............

Cerita ni pun dah basi.............

Namun, tetap terkesan.......

Tapi for the record...........

Tulis la jugak




Bagus bagus....(sambil tunjuk ibu jari kontot)

Tapi kan...............

PM bentang bajet hari jumaat...................

Sabtu pagi pi kedai............

"kakak, Gula harga baru ya.....naik 35 sen!..."

Gamaknya stok gula tu sampai subuh subuh sepi'e ke hapa? Redha je kena gelek dgn penjual...kompln pun tarak guna...





McK




Monday, November 11, 2013

Juice it!....Purple carrot

Sebelum ni tak pernah nampak...(ke tak perasan??)

Tanya nyonya sayoq tu...dia kata itu carrot, cina mari punya....


Beli lah dua ketoi....





Lalu makcik juicekan dia......




Purple carrot, celery & apple




Jemput minum....mmgla rasa carrot pun...


Sayur & buah buahan yang kita nampak memang ada macam macam warna. Selain adding 'life' to environment; kaler kaler kan buat hidup lebih ceria....buah & sayuran warna warni ni juga ada khasiat yang berlainan....



Colour Wheel of Fruits



McK




Saturday, November 9, 2013

Mengejar Mentari.........

Pagi Sabtu, lepas subuh, laju laju bawak kereta (pakcik la), pi Air Itam.............

Nak main kejar kejar dengan sang mentari...........

Bukit Bendera........

Dapat naik train 7 pagi................



7.15 pagi......



Ubah angle sikit.....


Baru saja menapak, pakcik terjumpa satu group (pakcik tak kenal) 20 photographers............buat sunrise........bertukar senyum, terus bertukar sembang..ada yang kenal pakcik melalui maya................habis cerita.....

Sudahnya, matahari dah tak nak posing.....dah terik.............

Sunrise lah sangat...........

Pekena kopi kat kedai kopi situ..............
Hambat pulak train untuk turun......

Nak kemana ya.............
Spice garden?.....tak mau........

Sudahnya, jalan jalan (lagi) kat heritage.........
Ala.....sekadar nak kasi badanketiak peluh....... 



"helpppp" kata kucing...


Sapa nak adopt kucing? 
( yg hensem tu bukan kucing ya...makcik yg punya)



Rope Walk (first time kot lalu sini)
makcik makcik........shame laaa





Singgah lagi ke mugshot ( cafe )...minum teh

Lepas tu jalan sekali lagi kat Rope Walk - look see look see..........

Dang!!!!! jumpa satu kedai, jual something useful for my crafts...pakcik belanja....

Yeay!!!

Sabtu yang bahagia.....

Dah petang ni..........kita beli makan kat pasar malam ja lah...........


Dabel bahagia...........(no need to masak)



McK







Friday, November 8, 2013

Hati hati ya.......

Last week makcik publish pasal kakak tu tanpa takut sandang bag while riding a motor bike...

Wednesday; terima berita my  friend kena rob, right in front of her gate.

Dia keluar pagi hantar anak gi skolah....

Sampai rumah, baru dok slow nak park depan gate, penyamun ni dah smash cermin tingkap penumpang depan........tergamam.........

Tak sempat nak buat apa....whole bag gone in split second.

Two of them.......on motorbike....


Nampak macam tak ada tempat yang selamat sekarang............

Hati hati lah wahai sahabat di kasihi di luar sana......peringatan untuk sendiri juga.....


Gambar (stock photo ler konon)...tak ada kena mengena dengan cerita di atas...









Have good weekend all





McK




Thursday, November 7, 2013

Wednesday, October 30, 2013

Kakak, You tak takut ke?

Dalam orang sibuk kena ragut sana sini......masih ada juga yang kurang prihatin.....

Tapi tu lah kan, kadang dalam kita berjaga2, kena juga....memang nasib tak baik lah. Nak marah mangsa pun tak boleh sebab dia dah berhati2.

Tapi yang sah2 meng-expose-kan diri...tapi tak kena apa2...memang lah dia di kira bernasib baik .





Kakak ni siap carry anak dia lagi kat depan tu





McK




Monday, October 28, 2013

3K & 1B...Kayuh, Kalut, Kuali & Bomba.

Salam Senin....

(Senin = isnin, monday)

How was your weekend?

Sini hari sabtu hujan, so activity sekitar dalam rumah ja......

Ahad cuaca cantik!

Jadi kami pun keluarkan lah kuda dari kandangnya




Ini kuda terpaksa panjat dinding......
tak ada space lagi kat ground




Dalam dok kayuh tu terjumpalah pulak 'minah' ni...

Singgah sat join dia...........






Yeay.....
beat her by the nose(not by the teeth)



OTW balik lepas kayuh, singgah beli nasi lemak;

Bagi menggantikan lemak2 yang sikit terhapus tadi tu...


Sedang syok menjamu selera, eeee ooooo eeee ooooo dengaq bunyi bomba....

ni noo ni nooo ...bunyi ambulan....apakah itu?

Tengok orang dah ramai dekat foodcourt depan rumah.....

Makcik kepoh ni pun pi la tengok....


Awat awat??




Nampak dua keta bomba & satu ambulan


Nampak pintu gerai yang terkopak?.....
Mami tu lah yang panggil bomba... 



Alkisahnya, peniaga gerai kat situ sudah nampak asap keluar dari gerai yang berkunci ni...

Bila asap dah makin tebal, pintu tak boleh buka.......paniclah orang sekeliling.....

Dia orang buat distress call....

Makanya bomba, ambulan dan polis pun tiba.....

Pong pang pong pang, bomba dok pecah pintu gerai.....

Makcik pun tengok jauh jauh laa....segan pulak nanti org ingat reporter tabloid....


Pintu pun terbuka, abang bomba masuk...... abang bomba tu keluar...........sambil carry subjek in question tu..........               




V
V
V
V
V
V
V
V
V
V





Ini lah dia 'mangsa' asap tebal itu


Dan sudah pastinya lah kuali itu tidak panjat  and tenggek dengan sendirinya atas dapur itu ye....

Tuan empunya.........we called him abang kalut...... was nowhere to be found that day.

Haish, bikin semua orang kalut saja...............

Sajalanaktambah: Abang kalut itu adalah UM graduate in mathematics okay, gamaknya dulu masa study dok asyik tengok figure saja, tu yang ka  ka ka ka ka lut tu....







McK





Sunday, October 27, 2013

Tengah dok kemas kini.....



Tapi masih boleh baca...

Yangtepi tepi tu saja......

dok kemas....


Wednesday, October 23, 2013

Kadang kala kita was was...........

Sekadar berkongsi....







   Perkongsian oleh rakan blogger...terima kasih sudipVSsenduk    

Sebagian ulama menganjurkan doa ini ketika sujud sahwi,



سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو“



 Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa).




McK




Tuesday, October 22, 2013

We care, we share.....

Sementara dok tunggu nganga kat hospital, came across this poster....

Senget sikit, ok lah ya...contents dia yang lebih penting...

Sama2 lah kita jaga kesihatan ya..

Yang sihat tu jangan lah dok cari penyakit  'yang cari sendiri'....

Perbelanjaan untuk kesihatan adalah tinggi.........













McK