Thursday, September 26, 2013

Kalau ada kemampuan...............



Mari lah kita bantu..................

Sekadar yang termampu................

Haryani Mat Hussin................

Ibu tunggal yang punya 3 anak, dan sedang bergelut dengan sakit.

Beliau ada beberapa kali menghubungi makcik dan makcik juga kakcik pernah paparkan kisahnya

Juga dalam beberapa blog yang lain, antaranya;

sini

sini

sini


Kita tak tau dimana silap, apa yang tidak kena, beliau masih lagi perlukan pertolongan.

Message terakhir pada makcik....... agar dapat mencari bantuan untuk (makan minum) anak2 juga untuk perubatan beliau, computernya juga sudah rosak.

Kesian.......tapi kemampuan makcik juga terbatas.....


Makcik ada bertanya pada PUZ (Pusat urus Zakat) di sini, tapi katanya Jabatan Agama Islam terletak dalam hal ehwal Negeri masing2.
Adik yang bekerja di PUZ juga ada membaca link aliaharyanie.blogspot.com yang makcik berikan......

katanya, info berkenaan sakit agak kurang jelas.

Harap2 kepada sesiapa yang berada berdekatan dengan tempat Haryani, dapatlah kiranya melawat beliau, ketahui keadaan beliau-mungkin juga boleh dipanjangkan kepada pihak2 berwajib yang dapat memberi bantuan secara terus menerus.

Ada orang yang sihat badan, boleh bekerja, tapi mendapat bantuan
Ada yang tidak upaya, anak2 bersekolah, tetapi tidak mendapat bantuan sewajarnya.....

Walahualam.

Moga pertolongan kita yang sedikit dapat memberi sinar pada yang memerlukan


Haryani Binti Mat Hussin - 164034266923 (Maybank)

No Tel: 012 921 8016



Gambar hiasan (ihsan pakcikTroy)..............
sekadar menghangatkan hati para2 photogs



Iklan percuma


Gigih tau makcik tu....^_^



Happy working, no blues blues aaaa today, esok dah friday.....


Makcik nak bawak satu awek siam ni jalan2 ronda2 putar alam penang.....yang bestnya, makcik tak tau cakap siam, dia tak tau cakap omputih.....hmmmm serupa angsa cakap ngan ayam katek laaaa....nak tau pasepa???


si jelitatinggilampai tu harus membongkok 
untuk berdirisamatinggi dengan makcikyangayu tu 
:-DD 





McK




Tuesday, September 24, 2013

Hokaido Cupcakes...............


Salam Selasa............


Let's talk about  makan...............

Sharing is caring...................



Hokaido Chiffon Cupcake












Bergambar bersama2 snow cheese cake






Makcik tak buat custard, cuma guna whipped non-diary cream saja.

Makcik copypaste resepinya.....thx maisya

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

My Sumber: Maisya

(ada banyak lagi blog yg ada resepi ni ya)
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin


Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata


Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)


Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama


Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek


Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey


1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila 


Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



Tambahan:


Pada yang bertanya, Muzium Antik BM terletak di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Makcik cuba tanya en Gugel, tapi dia pun blurr, jadinya pada sapa2 yg nak ke situ, elok lah check ngan Ms Waze/GPS for Tanah Liat, bawak lah slow slow.....nampak rumah ni...haaa dia lah tu..








McK











Thursday, September 19, 2013

Pakcik pun sibuk....................

Nak cerita jugak....

Nak interframe jugak...

Jugak jugak jugak, suruh makcik buat entry ni....

Siap bagi photo2 dia suruh makcik tayang kat sini......

Alaaaaa hai pakcik :)))

Ok ok......

Salam khamis adik kakak abang kakcik bangcik makcik pakcik sekelian.............

Dengar dengar............

Alkisah, sabtu lepas, pakcik & gang (makcik tak masuk gang) pi jalan-jalan-cari-gambar.

Lokasi 1: Muzium Antik Bukit Mertajam

Banyak barang2 lama dipamer di situ dan ada juga yang boleh di beli.

Sebagai teaser.........................

Rasa rasa bila tengok ni, dia ni nak mai penang pulak dak? mai mai sila sila.... :))













Lepas dari muzium tu, pakcik & gang berjalan lagi......


Lokasi 2: Rumah Pakcik Lupanama di Kuala Kurau

 pula ke Kuala Kurau. Tujuan mereka untuk melawat sebuah rumah milik sepasang warga emas.

Dirumah tu (katanya) ada perkakas2 bersawah (antik lah tu).

Tapi bila sampai di situ, hati mereka dah sebak tersentuh melihat pasangan itu, rumah agak besar tapi tak terurus.......................

Sudahnya mereka pakat2 pi beli barang2 keperluan harian juga hulurkan sikit wang pada pasangan tu.





Kata rakan pakcik (husband ai)..
"kalau pakcik (warga emas) tu tengok gambar ni, 
pasti dia menangis sebab nampak cantik sgt..." 




Pakcik yg my pakcik dahlupanama





Pakcik Lupanama's tool; once upon a time


Mood hari tu: Sedih, sebak, insaf,

Moga Allah kurniakan pada kita hari hari mendatang yang lebih baik, aaminn.





McK




Wednesday, September 18, 2013

WW....



Roti benggali Teloq ketaq..........











McK

Tuesday, September 17, 2013

Butter Chicken

Bila anak2 balik, depa akan balik dengan satu list...especially son2 lah :)

List menu yang dia dok mengidam!

Salah satu darinya....

Asalnya, son1 & son2 bawak makcik makan kat satu restoran di....(Subang Jaya kot) & depa order nasi putih dengan butter chicken SAHAJA...dan semua meja yang lain pun cuma ada lauk tu saja..

Maknanya memang butter chicken adalah signature dish kat situ lah.

Jadi bila dia orang balik sini, makcik cuba lah.

Walau tak 100% (mestilah resepi dia org rahsia kan), the taste is there.....









Butter Chicken:


Chicken fillet/boneless chicken - Cut into thumb size. (makcik beli kat s'mart)
Cili padi, potong kecil, jumlah ikut kepedasan sendiri
Daun kari ; potong kasar atau biar macam tu saja
Susu cair

Minyak untuk menggoreng

Butter


1. Letak garam kunyit pada isi ayam. Tabur sikit tepung jagung & gaul sebati.
2. Goreng (deep fry) ayam hingga masak (kekuningan), toskan
3. Buang semua minyak dalam kuali tu atau guna ja kuali lain; masukkan butter.
4. Tumis cili padi dan separuh daun kari, hinggah agak2 layu.
5. Masukkan ayam tadi, kacau2 sikit, perlahankan api
6. Tuang susu cair, agak sendiri lah ya.
7. Kalau cair sgt, boleh tambah tepung jagung sikit. Add the rest of daun kari
8. Rasakan garam, tutup api. Hidang

Note: Kalau yang suka manis tu tambahlah gula sikit....katanya (tak tau lah sapa kata), kedai tu guna susu manis utk gravy, wallahualam

Makcik: A simple one-dish meal & sedap


Walau pun ai suri rumah, jangan tak tau, ai pon bizi jugak tau..........















McK






Friday, September 13, 2013

Kaduk Goreng......


Sekadar mencuba............


Salam Jumaat...........




Kaduk humble yang tak naik junjung..............



Pernah tengok kejadian ni di blog Queenie

Makcik pun cuba lah............

Tepung dia bancuh macam nak goreng pisang, cuma makcik tambah, sikit lada hitam & jintan manis.

Nak letak cili powder pun okay juga....Boleh juga buat dgn daun bayam......





Sila abaikan 'blisters' tu...kena minyak panas ler tu..:)



See??



I Love You....



Selamat berhari minggu....



My to do list:

To clean up my bloglist...ada yang dah "..for invited readers only...", ada yang dah "this blog has been removed.."







McK








Tuesday, September 10, 2013

Macam ni.................


Petua Dapur..


Aceh ceh ceh

macam mana tu makcik?

Usai entry sebelum ni..................

Tanya Sue ; camna nak tanam cenehom, basil & pudina?

Makcik kata ; senang......ambik batang dia, rendam dalam air satu dua hari N cucuk lah ke pasu bertanah...
(so far i am lucky....kalau tak tumbuh...hmmm nasib lah kan)

Kata zana; makcik tanam lah kantan pulak...

makcik; hai lah zana, kena beli pasu besaqqq....

:=D

Penang hujan lagi seharian...............

Masih lagi pasal, daun2 tanam tanaman...............

Kadang bila pergi pasar, beli terlebih.....

Jadi camni lah makcik buat untuk pastikan kesegarannya......









Cenehom/daun laksa/kesum and kantan.....





Letak (secukup untuk sekali masak) dalam bekas, letak air,
tutup dan letak dalam freezer...
Bila nak guna (asam pedas/laksa), masukkan dengan ais sekali....
tetap segar








McK







Monday, September 9, 2013

Jom pi kebun........

Hehe...kebun la sangat kan.

Salam hari isnin.....blues bagi kebanyakan orang, tapi heaven bagi dia....

Penang............hujan lebat.

Mendung, redup, sejukkkk...........

Di hari yang redup sejuk ni....meh lah kita cerita yang hijau hijau saja............

Di halaman rumah makcik yang hanyalah sekangkang kera ni (macam mana depa boleh banding ngan kera ni???), ada banyak pasu yang di dalamnya tertanam pokok2 yang...............(lost for words...)




Dihujung sana tempat mu...............

Bunga Melur.........




Cenehom @ daun laksa 

Pudina

Kucai 

Daun kunyit 

 Bunga kenanga (betul?)

Limau Purut 

Kaduk 

 Ulam Raja

Karapole @ daun kari 

 Cili Padi

Cili padi juga

Kerak nasi

 Sabah snake grass?(tak pasti tapi tu yg org kata)

 Basil 


 Pandan - tanam semula

Cekur


Tapi...................yang rajin tanam bukan lah makcik ya.....................

Yang hasil tangan makcik kat sini hanyalah cenehom , pudina & basil..........

Oppps lupa....tu pasu hujung sekali tu...pokok lemuni...   
makcik cuma cucuk gitu saja pucuknya...tengok2...eh hidup la....
HIDUP lemuni (sebut kuat2 tau)


Lagi pun tangan makcik ni panas lah (alasan)...tanam apa pun susah nak idop.....


Mak mentua makcik yang rajin buat semua tu.....makcik boleh siram je....nak korek2 tanah tu pun agak2........takut jumpa crawlies yang tidak ku suka.....


Nak cuba semai duit syiling & duit kertas pulak lepas ni.....kot kot menjadi, boleh lah tuai hasil hujung tahun nooooo :)))


Sekian coretan budak kampung yang takut creepy crawlies


McK










Thursday, September 5, 2013

breakfast...jom....

Sepatutnya nak gerak ke selatan.....kata subuh2 sapi'e...ni sapi'e pun dah tak dak....gajah pun dah balik,  tak gerak2 lagi...

Perut dah lapar....

Beli breakfast seberang jalan...

Meh makan :))