Tuesday, October 8, 2013

Rebung d'exotica


Hamboih nama......:)))

Satu hari yang tak-tau-nak-buat-apa-dah, makcik & pakcik tengok TV...asia food network kalau tak silap.

Ada tunjuk satu host lelaki pergi ke pendalaman satu negara...

Kemudian dia pun buat satu dish............

Yang tau dia kata bamboo shoot, small hot cili + herbs, yakni apa2 herbs yang ada di perkampungan itu di campur dengan chopped meat.

Kami tak suka rebung, tapi nak juga cuba.

Jadi makcik pun cuba lah...ni kira suka hati nak letak apa lah....

.



1 rebung jeruk, agak2 8-10 inch panjang

200 gm Minced chicken
1 batang serai, hiris halus
1 bunga kantan (makcik guna 1/2 saja), hiris halus
Beberapa helai daun limau purut, hiris halus
4 Cili padi/cili merah - suka hati ya
garam, lada hitam, kicap ikan (optional)
1 sudu besar tepung jagung

1 biji telur,

Gaul semua bahan, kecuali rebung.
Campur telur sekadar agak2 melekat bila di kepal (ala gam)






Ambil rebung. Sila lah basuh banyak2 kali ya kalau tak suka bau dia....hmmm.
Belah dua memanjang, sekarang kita dah dapat 2 rebung yang panjang.
hiris nipis jangan putus......



Camni

Ambil anggaran 2 sudu besar ayam cincang tu.
Letak atas rebung.
Tutup agak2 kemas (makcik buat pun sememeh je)
Ikat to secure. Makcik guna daun kucai.



Goreng 'deep fry' dalam minyak panas hingga agak garing, jangan hangus 

Angkat & makan lah ikut creativity sendiri. kami makan camtu saja...








SEDAP - memandangkan rebung bukanlah makanan kesukaan.




McK



26 comments:

  1. Salam.
    Nampak unik sangat. Mesti sedapkan.

    ReplyDelete
  2. Makcik kalau yg jeruk tu sangatlah berbau tapi kalau di Perlis ada jual siap rebus tapi masih baru yang tu kurang bau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna yg jeruk sbb dia lembut and mudah nak 'balut'...

      Delete
  3. alaaa... pesal cerita pasal makanan nih..?
    dugaan betul.

    kah2,


    ,

    ReplyDelete
  4. saya tak makan rebung, tapi mak bonda suka. rasanya program masak luke nguyen tu kot..dia selalu masak masakan exotic asian. rebung ni memang familiar di asian country saja kan..kalau tak salah tekaan chek la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa betoi la siti.....laos, vietnam...gitu la...

      Delete
  5. wooaahhhh... yummeh ni sis...!!!

    ReplyDelete
  6. seumur hidup tak penah masak rebung hehe

    ReplyDelete
  7. Hello Makcik, wow! I have always loved this rebung! Where I am we get from Vietnam and China, but often will buy those in can, 'Winter bamboo shoots', from China.
    Old days saya beli on the way down from Cameron Highlands, and give to my Malay neighbours...
    Then bil dia masak, they pass me a plate....

    I love your name for this rebung dish. Ha ha...kalau I boleh masak, I tukar the name to, 'D'Erotica'.
    Buat kawan lintang pukang, ha ha ha.
    But this the first time I see ikat tali for cooking.
    If dapat jemput datang makan, I buat magic, hilang kan tiga pinggan nasi, ha ha ha.
    Makcik, ada your famous Penang sambal belachan?
    Sure you thinking, "aiyaaa, betul lecheh orang Canada ni", ha ha ha.
    Have a nice day and don't gossip on your Samsung Galaxie when cycling.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello Lee,
      Very seldom orang suka rebung...incl me.
      Itu rebung turun Cameron is the fresh ones...crunchy & not smelly...clever you..no need masak, get one plate.

      hahaha, just for the sake of the entry's name...if i put erotica, i have to put a pole beside...for the rebung to dance..hahaha

      come to penang, 3 pinggan hilang tak apa, periuk hilang pun tak marah, tapi jangan lupa bawa itu maple syrup keluar from pokok one okay.

      Penang is experiencing summer these few days..good for early morning ride.:))



      Delete
  8. kalau cerita pasal resepi..
    laju je saya skrol ke bawah..

    [ dasar bukan seorang pemasak ]
    hehehheee

    ReplyDelete
  9. wah.. idea terbaru ni. sy jarang buka AFC tu. Pernah tertgk sekali masa dia masak siput khinzir tu.. dia buat mcm daging..huhu..

    makcik. harini berita pasal roti benggali kat penang,
    teringat yg macik pernah cerita pasal roti benggali.. jap.. err.. ke sy tersalah blog..? tak ingatlah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti...hmmmm yes, "roti benggali teloq ketaq"...

      makcik post kat fb kelmarin pasal roti uli ngan kaki.......tak tau kilang tu buat roti cap apa....
      roti benggali rasanya ok sbb depa buat di kedai...in town..not bayan baru.....

      Delete
  10. saya suka makan rebung.... makanan ni pun, nampak macam best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best amin....tak payah makan nasi...kenyang...cuba lah

      Delete
  11. Replies
    1. hmmm rebung =tak sedap...tapi yang ni=syedapp :))

      Delete