Story dia hampir sama dengan yang makcik nak cerita ni........
Pelakon: Budak budak 'half-past-six'
Lokasi: My backlane
Time: Abt 6.45pm (kira lepas waktu "office" dia oranglah).
Hidden camera : My bilik atas
Scenarionya: Lihat gambar.
Jalan cerita: Mestilah kes tak puas hati...
Tak taulah apa yang jadi masalah. Nampak macam ada 2 kumpulan situ, sapa yang gaduh, sapa yang gang & sapa spectator tidaklah makcik tahu.....
Tapi adalah sorang tu, macam pelakon sendu gitu, sat bukak tudung (panas kot), sat pakai tudung (insaf kot), tapi dok nangis, sambil satu dua kuncu2 dok kata sesuatu padanya, agak2lah;
1. Batu api aka lighter fluid cap zippo yang sedia nak gesek kasi api menyala......kasi bako..
2. Yang dok kata sabaq sabaq....
And ada juga sorang tu, sila perhatikan yang tengah, t-shirt hijau tu...macam moderator cum batu api jugak kot....sat pi sana sat mai sini...dok negotiate apa tah
Apa yang dia orang gaduhkan tidaklah makcik tahu;
Malas nak tengok lama lama, nak turun pi marah kat depa pun tak guna, silap silap kita yang kena marah.
Biji buah pergaduhan pun tak tau sebab bunyi suara mereka2 yang nyaring itu adalah serupa dengan bunyi gagak2 yang dok berebut tempat tidoq waktu petang....
Makcik tepon skolah, tapi tak ada sapa angkat......semua kakitangan dah balik kot....
Alahai, anak anak yang kecik-tapi-perasan-besaq....
Ini bukanlah kali pertama backlane bertukar jadi gelanggang;
- Budak2 lelaki gaduh macam cerita hindustan, bedebush bedebush bertumbuk. seperti biasa, spectator pun ramai..
- satu budak perasan hero (pasai ada gang-ster), tumbuk budak yang sorang ni sampai naik lembik budak tu, lepas tu ada la yang ala-ala baik pi sapu sapu budak tu
- Nak buat lawak bodoh, mercun meletup kat tangan sampai ambulance pun mai...mesti malu giler pada minachi2 yg dok tengok kan...hero dah injured
dua kes di atas makcik called the school...
- yang lalok (hidu gam kot) pun ada...
kecik budaknya, 2 org.....tinggi sikit pada pokok lalang saja okay, this one i called the police. Polis mai, interrogate lebih kurang....makcik yang kepo ni, nak tengok sandiwara tu tapi takut.........sementelah lokasi kejadian hanya bertentangan dengan sink saja, jadi makcik pon buat buat lah basuh pinggan yang sebijik saja...puaih tonyoh pinggan tu, sambil mata dok jeling tengok kejadian....
Gamaknya adalah budak tu jawab apa kot, polis tu turun dari motorbike dia......pangggggggg dia bagi pipi budak tu.....sat tu kereta polis pun mai...kedua2 budak tu di angkut pergi. Tamatlah drama...
Ops, sebelum polis naik motor tu beredar, dia tengok makcik and put his thumbs up! Aik?? dia tau aku yang repot???? Mestilah dia agak, kalau tidak, takkan nak cuci satu pinggan sampai setengah jam kan? hehehe
hahaha, habis glo satu botol!
ReplyDeletekalau telefon sekolah apa jadi, cikgu datang ka?
Budak pun pandai.......bedebush bedebush cepat2, dia org chao, sementara cikgu dok jalan, depa dah selesai
DeleteYa Allah, macam2 budak sekarang.. and the girls..wah bkn main lain masing2 nak naik jadi samseng sama..dah tu bertudung plak tu..ini bukan jerr bikin malu mak bapak, dengan agama pun terseret sama.. patutlah bangsa lain pandang rendah dengan orang islam.. :(
ReplyDeleteSetengah budak cuma pakai tudung kat skolah ja....but obviously melayu la
DeleteCayalah makcik. Baru lah namanya concern pada masyarakat dengan menyalurkan aduan kepada tempat yg betollllll!
ReplyDeleteSaya pun buat benda yg sama, asik menelek apa jiran depan ni buat, hehehe
Tak sanggup nak tgk pengianayaan kat lorong belakang
Deleterasa dah ngomen kat sini semalam...
ReplyDeletehmm.. tak tekan publish kot...
berebut boipren kot!!
cool lah abang polis tu!!
Kalu bopren rupa aren ajis, worth the fight la....
Deletekah kah kah...setengah jam basuh satu pinggan!
ReplyDeleteAwat your backlane jadi port makcik? Dekat dgn sekolah depa ke?
Ya, sekolah & surau hujung lane saja....
Deletebudak2 zaman skang..kalau area komtar kat stesen bas lg la makcik siap bercium2..adoiii kalau la adik sy yg buat memang saya panggg macam abe polis tu!
ReplyDelete