Wednesday, October 17, 2012

Rain and Shine......



They complement each other.

Kat Penang sekarang cuaca tak menentu, pagi panas petang hujan atau sebaliknya............

Kalau hari tu katak2 berjaya menyanyi lagu lagu  sendu secara berjemaah, maka sehari suntuk jugalah  berguguran  air mata langit kat sini.

Nasib baiklah katak sini tak pandai nyanyi lagu 'omputih', kalu tidak haruslah sekali sekala kat penang ni boleh turun salji.

Dalam kedua dua keadaan, pasti ada yang suka dan tak suka.
Macamlah juga dalam kehidupan hari hari........ada masa suka ada masa duka, langit tak selalunya mendung, berarak awan, cerahlah dia.......apa pun kita terima dengan tangan terbuka, syukur dengan apa yang ada kan..

Sekianlah ceramah pendek setazah hari ni....


Haaaa, apa you orang buat kalau hari panas?

Makcik ambik kesempatan cuaca panas untuk kasi 'kawan kawan' makcik ni sun-bathing..............

Makcik taklah join depa sun-bathing ni, takut matahari terkejut nengok makcik...terus tutup mata....















 Ada yang malu ada yang tidak







Dannnnn apa pulak anda buat bila hari hujan?

Nak keluar  takut basah kan?

Nak tidur, mata pulak tak nak beri kerjasama....

Banyak benda boleh buat  uolls....


Salah satu yang makcik suka...rain or shine.............







Biskut lutut(?) betis cicah nescafe..


If you are wondering................yes, kat rumah. Kat cafe mana ada peluang buat macam tu kan. Dan kopi di dalamnya pun bukanlah kopi cap mug tu.........

Makcik  kurang suka black kopi kat situ...kalau cappuccino okaylah sikit. 
Selalu makcik minum neskepe je...yang gold roast tu

Pakcik suka black coffee without sugar di situ

Anak makcik pulak lebih suka kopi o cap 'made in malaysia'......Sekali makcik pernah cuba kopi tu masa buatkan untuk dia........hmmm boleh tahan sedapnya......

  






Agak2 depa ni boleh join-venture tak



Ataupun makcik harap dapat memiliki mug yang tertera gambaq Hang Tuah .............very malaysian kan?

Harap harap pihak pengurusan kopi  akan dapat terima cadangan makcik ni ya (depa baca blog?)....lepas tu bolehlah bagi present sedozen mug bermuka pendekar kat makcik.....



McK









14 comments:

  1. 1. fariq pun suka black coffee without sugar.

    2. kami pun selalu beli kopi hang tuah tu. tapi maktok dah introduce another kopi kat kami. lagi sedap dari hang tuah. kopi cap 3 daun. pernah jumpa sekali ja kat mydin and now tadak dah. so change back to hang tuah.

    3. kalau dapat mug muka pendekar, jangan lupa bagi hadiah kami kami satu naaa :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, daun 3 helai tu dah luruh gamaknya....

      Delete
  2. saya kalau hari hujan, mata ni cukup senang beri kerjasama utk lelap..~bahahaha

    kelasss!! minum neskepe dlm mug setarbak! :P

    ps: hope masa saya ke penang tak lah hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...baru rasa neskepe tu mahai....

      kalu nak rasa char koey toew sempoi mai breakfast area rumah makcik ni..., ada rezeki, pakcik ada boleh juga tengok collection gambaq2 yg dia tembak

      Delete
  3. Salam Makcik..Wahhh, ramai kawan2 sun bathing hehehehe dia org tu pakai baju tak!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang melayu pakai kemban...yang omputih tu hmmmm. :))

      TQ abil for dropping by. Makcik baru dok buat karangan n looking thru yr first entry...nak letak kat blog makcik ni, insyallah

      Delete
  4. Makcik, cayalahhhh, saya pun suka minum gold roast nescafe tu,sungguh kick. Starbucks punya dah tak berapa kick dkt lidah saya. Sekarang di UK, saya suka minum coffee di Costa, italian coffee, lagi power, hehehe..

    Tapi kalau masa hujan2, saya suka je kalau mak saya buatkan kopi cap kapal api, pastu makan ubi rebus cicah sambal tumis, nyumsss!!!

    ReplyDelete
  5. Hmmmm gold roast, kick kan? haruslah nanti makcik cuba cari itu italian coffee untuk pakcik, mesti dia suka.

    wahhhh sebut ubi rebus pulak dahhhh, tapi makcik slalu cicah nyok (kelapa+sugar)

    ReplyDelete
  6. Kakcik singgah lagi nak tinggalkan jejak. Tadi cuba inggal jejak waktu di pejabat tak lepas disebabkan word verification. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh... Dah takde wv? Bagus... :)

      Delete
    2. Yeeeha, dah berjaya.....you helped me...tq. Tengok la esok punye entry ye

      Delete
  7. Kopi Malaysia punya ni memang nostalgia lah. Sebab bau & rasanya mengingatkan pada arwah Tok & Maktok. Rasa dia pun lemak semacam. Sedap bila kena gu dengan biskut2 tertentu esp biskut dlm gambaq Makcik tu..

    ReplyDelete
  8. hmmm kopi kampung mmg rasa malaysia kan...tu pasai makcik cari cawan kopi yg bunga hijau mcm dulu dulu

    ReplyDelete
  9. alahaiii ada ye kopi hang tuah?sy n en.somi x minum kopi sgt so memang xde la stok2 kopi mengopi ni:
    *biskut lutut cedappp*

    ReplyDelete