Sunday, March 31, 2013

Bisik bisik...............


Di satu pagi sabtu yang cerah, terang benderang, pakcik kata kat makcik;

"Hari ni kita tok sah cycle lah...., you folo ai gi fotografi..."

" okay, whatever..."

Pendek cerita, kami sampai dalam 9.30 pagi.......dah sedia menunggu kawan pakcik dengan family dia.

Makcik pun duduk kat satu gerai makan...satu tu la saja ponnnn, sambil sembang sembang dengan isteri kawan pakcik tu.......

Lepas tu tengok orang makin ramai.....motor, kereta........lori pun ada.....

Makcik tanya...........adik jual nasi tu kata....

"memang la ...satgi bot sampai la...tu yang ramai ni......."

"ni first time kak mai ka?...."

Kami pasti ramai orang yang akan datang........., sebab ada nampak habang hadek tu bukak meja........nampak dia letak kotak kopi 3-in-1 .....dan juga........




nampak atas meja tu??? ......pad..:)) cap apa ntah




Juga ada kakak yg siap bawak dapur......dia jual roti goreng katanya......




Sekejap tu adik jual nasi tu mai jumpa makcik...

"kak ikut abang ni.....dia selalu mai sini...."

Abang tu tanya "kak nak beli apa?..."

"Ish kak pon tak tau....jom lah kita pi tengok dulu..." hehe teruk kan makcik.


Seberang sana tu, sebelah Kedah..
yang ada bot ni sebelah Penang

Antara longgokkan pertama........





Nampak brader t-shirt AIG tu? 
dia salah sorang peraih (mungkin jugak nelayan).....
& that guy in topi hijau baru je berbisik padanya.......



Bisikan ke-2


 Bisikan ke-3......


Nampak tak abg ke-2 tu dok ambil bungkusan.....
ikan tu hak dia lah.........
sebab dia bisik harga tertinggi lah tu.......


Okay, now let me cerita how the game is played.........cehhhhh makcik pun first time tengok ni....

Lokasi: Kuala Muda

Waktu: Bermula dari 10.30 pagi sampai late afternoon.


Bila bot ikan sampai di kuala ni , hasil tangkapan akan di bawa naik berperingkat peringkat.

Di letakkan atas plastik.....di longgok atas lantai...sapa nak, bisikkan di telinga jejaka yang membawanya tadi, harga yang di inginkan. (Lihat gambar abang AIG tadi ya)

Orang yang membisikan harga tertinggi akan dapatlah bungkusan tadi.

Kalau orang perseorangan(cam makcik hari tu), boleh lah share dgn kawan, sebab agak banyak, nak buat kenduri okay lah......

Pada yang belum biasa, bolehlah tanya dengan2 orang2 yang dah biasa...kita boleh agak lah orang2 yg dah biasa ni...bukan apa takut kita silap bisik nanti kannn,



Makcik tak tunggu lama pun...abt 12 kita orang dah beredar



Tengoklah shape sotong tu............





Antara pembeli........
ada yang angkut sikit2 ke lori/van..
.ada yang tunggu dengan tong2 macam kat atas ni....
habis udang2 besaq dapat kat depa nih....



Tak bawak bekas?

Macam makcik lah...pi lenggang kangkong ja.......

Jangan risau....ada orang jual tong styrofoam di situ...bag plastik juga.....ais juga!  semua adaaaaa




beli kat situ....


Makcik tak teringat langsung abt this bisik2 place when pakcik ajak pi.....ingat depa nak shoot pasir yang beralun kat pantai tu........



Pakcik & gang lebih minat yg ni dari ikan2
Credit: pakcik Troy




Hasil bisikan makcik.... 
(Tima kasih lah abang yg tolong.....nama pon tak tau)


Fresh!



Kita dapat udang besar ni @rm90/-. Lepas tu kita check, it was about 2.6kg total.....kami share 2 orang.

Harga tu masih murah dari harga kat pasar tau.










 Lunch hari ni...amboi besaqnyaaaaa........
makan dua ekoq mengah sampai petang!
(hehe auta lah makcik!)




Okay, sleep tight, esok kerja.......don't make your monday blue ya......





McK













Wednesday, March 27, 2013

Melepas batuk di tangga.........



Uhuk uhuk uhuk....batuk ni...........

Hmmm la ni payah nak cari tangga dah kan...jadi batuk la kat mana pon....:))

Maknanya

Merujuk kepada entry ni.....




Dinner for two....semalam punya








Chao dulu.........






McK

Wednesday, March 20, 2013

Jajan.....



Selalunya makcik  jarang plan.

Bila teringat & terasa diri ni rajin, barulah gi godek godek kat dapur tu tengok apa benda yang ada yang boleh di buat "apa apa".

Kadang teringat nak buat kek, check tgk bahan penting tak ada....cancel!

Macam last weekend, rasa rajin tetiba menyerap..tengok kulit popia dah lama kat dalam fridge tu.....so...

on your mark....get set......GO!

Maka jadi lah.......



Bahan2;

Kulit popia

Tepung gandum yang di campurkan dgn sedikit minyak masak (Gam)

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Nestum kisar + susu tepung ( equal amount) atau

Gula icing.

How to:

Ambil sekeping kulit popia, sapu Gam, guna pastry brush utk senang.

Lapiskan dengan sekeping lagi kulit popia.

Gulung memanjang (mestilah memanjang kan )
Buat hingga habis
Kemudian gunting gulungan tadi secara serong.

Goreng dalam minya panas. Toskan

Biar betul2 sejuk baru di gaulkan dengan samada campuran susu/nestum atau gula icing.

Note: Makcik cuba sapu dengan campuran tepung/minyak serta telur putih. Makcik lebih suka yang guna tepung/minyak sebab ada rongga in between the layers & lebih rangup.


Kulit popia yang di potong serong sesudah di goreng.
Yang ni guna 'gam' tepung/minyak, lebih loose layer dia




Yang ni potong straight, saja nak bezakan.....
Ni guna 'gam' telur putih, lebih kejap (sikit keras)



Sapu gam secara menyeluruh ye, 
kalu tak terbarai cam ni 



Biar sejuk....



Yang ni di salut susu tepung/nestum.....lemak berkrim



Yang ni just gaul dgn gula icing.........
makcik suka yang ni & ia adalah sama macam kuih kapalterbang or 
some call it kuih ros yang makcik pernah buat (guna tepung bukan kulit popia) 
lebih 15 tahun lalu......ohhh lamanya


Kulit popia dengan seaweed pun sedap, macam ni.















McK


Tuesday, March 19, 2013

Marilah kita bantu seadanya.....

Sedikit waktu dulu, makcik baca kisahnya melalui  blog kakcik.


Alia Haryanie

Juga pernah muncul di akbar suatu waktu dulu...SINI

Berkesempatan berhubung dengan beliau beberapa hari lalu, makcik terpanggil untuk buat hebahan sekali lagi.

Bagi sesiapa yang ingin membantu adalah di alu alukan.

Bagi yang tinggal berdekatan mungkin dapat melawat serta menghebahkan keadaan beliau agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada beliau dan anak2.

Melalui sms yang dikirimkan dua hari lalu;

Beliau mempunyai 3 anak, 15 thn, 10 thn dan 6 thn, sudah semestinya perbelanjaan persekolahan diperlukan.
Haryanie tidak bekerja kerana menghidapi beberapa penyakit (kronik) yang memerlukan rawatan.......bantuan di perolehi dari JKM tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka 4 beranak....


Bantuan bolehlah disalurkan:

Maybank 164034266923  (Haryani bt Mat Hussin)

No tel: 011 1690 9868


Semoga ada cahaya disebalik kegelapan, ada kunci membuka kebuntuan............















Gambar tiada kena mengena.........kredit: pakcik troy16







Friday, March 15, 2013

Iklan bukan bukan....

Salam Jumaat.

Hari ni adalah hari masak sedunia.............

Amboiii bunyi cam masak utk 50 org....:))

Dah ada kat dapur kan, terus lah buat macam2 yang lain....lagi pun kalau dok kat atas tu, mesin jahit ku amboiii melambai lambai. Tapi makcik kena rest mata sikit..dah sakit & gatal.

Dah pi pharmacy bli eyedrop, tu yang 'larikan  diri' dari mesin tu............

sambil memasak tadi, makcik dok mengarang dah apa nak tulis utk entry hari ni......

Smpat jugak BW and ternyata makcik bukan keseorangan memikirkan permasaalahan ini...hmmmm masalah la sangat makcik oiiii....

Pasal iklan....

Kadang tengok kat paper..iklan tah apa apa, nak baca pun malu tapi dah depa letak, kita baca lah kan.







Badan besar tak semestinya hilang kasih sayang.

Badan cam anak dara belum tentu menjanjikan bahagia...kan??

Boleh ja buat iklan...tapi perkataan tu (tagline kah?) biar lah berpada pada....kadang kita baca pun rasa nak gelak guling guling.

Nak cerita sat boleh?:

Ada-lah-sorang-retis-tu....satu waktu dulu orang tanya......apakah rahsia akak tuuuuuttttt mengekalkan kemudaan, muka sentiasa nampak tegangggg ja....tau apa dia jawab?

"....tak ada apa yang special....air sembahyang je...."

wallaa wei...tok aku pun semayang tak tinggai jugak tapi........


Nak cerita juga: "akuhampirjadiretis" :=DD

Lebih kurang 8 tahun sudah adalah jiran (sekarang dia dah pindah), dia ni kira usahawan barangan penjagaan diri jugak la......
Adalah dia minta makcik jadi 'jurucakap/duta' (oh kelesss kau jah) utk produk tu. Kira2nya macam tolong jadi dealer lah tu.......
Memang kalau boleh nak tolong sebab dia baru nak promote barang tapi rasa cam menipu pulak sebab makcik tak pernah guna produk tu, jadi makcik pon cakap makcik tak ready for that...furthermore makcik ni cepat gementar bila berhadapan dgn crowd, muka jadi hangat...kembang...

Satni takut pulak jumpa kawan lama, baru nak bukak temberang dia tanya pulak...haih che jah bila pulak hang pernah terlebih put-on-weight?

I mean kalau dah promote produk tu makna nya dedulu mestilah terlebih sgt kilogramnya kannnn..mcm dari XL ke S

Masa tu......kena jadi.........eh binatang apa yg sorok muka dlm tanah tu??
 


Selamat ber-Sabtu & Ahad bersama keluarga..







Thursday, March 14, 2013

What's for dinner...........

Semalam dinner apa?

Makcik dah seminggu home alone...kena tinggai lagiii......

Makcik makan tidak lah cerewet sangat...asal perut tak nyanyi lagu arab kira okay lah.

Broccoli dalam fridge tu dah banyak hari....sebelum dia jadi kuning, kena lah buat sesuatu....

Nak buat sayur tak lalu nak makan nasi.





BROCCOLI SOUP









Ilham dari:
Pol Martin: Easy Cooking For Today

1 head broccoli (chopped & cleaned)
1 tablespoonful  butter
1 yellow onion (chopped)
40 gm flour
1 chicken cube (~ 1liter chicken stock)
1/2 tsp basil (tak letak)
1 bayleaf   (tak letak)
1Tbsp chopped parsley (tak letak)
Salt and pepper.

Heat butter in pan and fry onion until soft.
Add chopped broccoli and season well. Continue cooking, stirring occasionally
Mix in flour, add stock and cook over low heat for about 30 minutes.
Blend in food processor.


Note: Makcik tak guna setengah bahan tu (bukan derhaka tapi tak ada stock).
          Masa soup tu tengah di renehkan (simmer), rasa garam lada.
          Bila agak2 dah capai kepekatan yang dikehendaki, tutup api and blend.
          Kalau masih nampak cair, no harm, boleh boil lagi sekali...that's what i do.


Best kalau makan dengan garlic bread, tapi disebabkan makcik tengah clearkan fridge and lamb lebihan sebelum ni masih ada dalam freezer, jadi makcik kawinkan lamb dengan broccoli soup lah for my dinner.









McK












Wednesday, March 13, 2013

More Bags...............


WW...........................




BB- abt 40cm X 27 cm x 20cm


BB- covered top with zip



BB - Detachable handles



ZB - abt 32 X 21 X 15 cm with twisted lock...
and detachable handles too





McK






Monday, March 11, 2013

Canadian Lemony Coconut Cream Cupcakes....

Of the Story and the Recipe...........




Come weekend, cycling is, at the moment, the most looked forward to hobby.

Last sunday, while heading home, we de-toured into the streets.....The Penang Heritage streets....

Every Sunday, streets around these area are closed to vehicles, except for bicycles.
It is time for families to cycle freely around the area.

While some use own bicycle, others who came from far can rent them.

here   or  here

 :=D...nak sewa basikal makcik n pakcik pun boleh, tapi nak kayuh dari rumah makcik ke tempat tu adalah abt 20 km.......silalah letak pad pada seluar anda...kematu nanti



letih laaa...tumpang duduk sat naaa......



Jangan la nangis chek...makcik nak posing jaaa




Tak dan (sempat) nak ready aih


Actually makcik tak stop rata2 to see all, infact i haven't been to some of these places too, yet call myself a penangite.

Tengok kembara ciksiti, dia pun ada kesana jugak









Tak tau semangat apa yang masuk kat makcik ....rajin pulak minggu ni.

Kawan dari jauh ni ada bagi resepi, so makcik cuba lah.

He is no cook, however he has lots of recipes on how to capture a woman's heart.

TQ Uncle Lee , allow me to share this nice and simple recipe;






 Canadian Lemony Coconut Cream Cupcakes.

Makes: 1 dozen cupcakes
Cooking time: 45 minutes hands-on, roughly 1.5 hours total
Difficulty: Easy

Source: Uncle Lee
Ingredients:

1/2 cup butter
1 cup plain sugar - I used 3/4 cup
2 eggs
2 tbsp grated lemon zest
1 1/2 cups all purpose flour
1/2 cup shredded coconut - i used desiccated coconut
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1/2 cup coconut cream (or coconut milk, or just plain milk)  - I used milk






Method:

Pre-heat oven to 350 F / 180 C. Soften butter slightly in microwave, beat with sugar and eggs until light. 
Add lemon zest. In separate bowl, mix together flour, coconut, baking powder, and salt. 
Pour half of the dry ingredients onto the wet ingredients with half the coconut cream, stir just until combined. Repeat with the rest of the dry ingredients and coconut cream.

Spoon batter into 12 paper-lined muffin cups. Bake for 18-20 minutes, until tops are golden. 
Remove from oven and allow to cool completely before icing.

Icing: Warm 2 tbsp each butter and cream cheese in microwave. 
Add 2 tbsp lemon juice, mix until blended. Add about 1/2 cup icing sugar and stir to remove any lumps. 
Continue adding icing sugar until icing is thick, but still a little bit soft. 

Drop (about) a tablespoon of icing onto each cupcake, sprinkle with additional coconut. 
Allow icing to set for about an hour before serving. Enjoy!











McK






Sunday, March 10, 2013

Backpack..............



Lama rasanya tak update kerja tangan makcik.


Hobi tegar (tegar lah sangat makcik oiiii) makcik ada dua...............masak n menjahit.

Terer sesangat tu tidak tapi memang minat sangat.

Semua orang boleh buat kalau ada minat.......minat kena ada dulu, baru 'buat' tu ikut kot belakang...........



If i am down in the kitchen, maka mesin jahit kat atas ni tak jalan lerrr.

Hari ni makcik letak gambar back pack dulu...esok2 letak yang lain pulak..

















The Red Kucing....dah ada tuan yang punya....sold



Brown Globe.......Sold





Green Mail...adik (slightly smaller than the other two) 



Credit: Pakcik for helping to capture these images. TQ



McK






Friday, March 8, 2013

I am NOT Alone......

Salam Jumaat.

Makcik cukup rasa gembira hari ni......eh betoi ka? or should it be ..rasa cukup gembira...?

Sebab makcik rasa makcik ada baaaanyak kawan.........

ada ramai sahabat yang seangkatan.....

Boleh kira satu hati kaaaa......



Kelmarin kan makcik buat entry masa dok tunggu masuk bilik jumpa doktor gigi.......and komen komen yang makcik terima adalah amat menghiburkan.

Komen box makcik taklah jam...tak ramai pun tapi cukup buat makcik legaaaa..........haaaa bukan lah aku sorang yang takut, walau dada dup dap dup dap cam nak pecah, nafas pun naik semput.

Rupanya ramai yang juga tidak begitu 'menyukai' mereka.....

Yang paling syok tu......doktor sendiri pun tak gemar jumpa rakan sejawat!

Ya lah selalu dia cucuk orang, jahit kepala orang kan......jadi bila nak kena nganga kat geng seangkatan...hmmmm dia pun kureng suka.


Hehehe makcik suuuukkkaaaa....jadi bukan lah makcik sorang ja yang takut.

Masuk je dalam bilik tu...makcik tengok muka doktor pun nampak kembangggg saja...I sat down and shut my eyes.......nganga mulut bila di suruh...

Macam macam bunyi boleh ku dengar......ngengggggg, ngengggg, ziingggggggg, zzzzzzzzzz...

Sat macam kontractor drill dinding, sat cam lebah nak hinggap bunga... sat cam kumbang nak drill lubang kat pokok....

And hari ni my ibu jari kanan rasa sangat sakit.....baru perasan, kelmarin my left hand dok pegang my right hand.......dok comfort each other gitu...loving you!

Entah masa bila jari kiri tu dok tekan jari kanan tidak lah ku perasan.......

Haish.

Malu sangat aih dok cerita pasal takut jumpa dentist ni nooo...tapi nak buat macam mana...memang takut....and sebab itu jugak lah sejak sekolah menengah sampai lah laaaa ni, makcik punya dentist visit, kira jari sebelah tangan pun tak habih!



Canggih lah macam mana pun bangku ni........
 it doesn't wow me


Kalau ada dentist yang baca ni, makcik very sorrylah...i taklah benci you...tak suka kerja you tu saja....

Okaylah selamat berhujung minggu........no food to show.....tapi makcik terbaca ni kat paper baru2 ni...

enjoy.......:))












McK