Wednesday, December 30, 2015

Welcoming 2016....



Salam akhir tahun 2015.

Umur makin meningkat, harap harap tahap kematangan juga meningkat setara umur.

Sepanjang tahun dengar gaduh sana, lawan sini, kenyataan situ, penafian sinunnnnn.

Hmmmm, apa pun di harap tahun baru ni, minda kita lebih terbuka.

WE want to see love and harmony.

Makcik tak tau nak cerita pasal apa sebenarnya......dok bilik ekon, otak pun sejuk...idea tarrak

Nak cerita pasal azam???? hmmmm, azam pun tak tau apadia, macam mana nak set azam? :)


Makcik ada kawan yang sangat sangat pandai bercerita......dia tak duk Malaysia lah....dah migrate.

Semangat keMalaysiaan beliau masih tebal, walau bahasa dah lintang pukang.

Bahasa belum merdeka katanya. :)

Bila dia tulis cerita....boleh rasa yang dia sangat buat 'homework' tentang apa yang di tulisnya...

So bila kita baca entry beliau, kita boleh rasa kita kat situ.

Blog private beliau, makcik pun dah tak boleh masuk.....pintu ada mangga besaq.

Tapi blog public, sapa pun boleh access, and satu entry baru2 ni yang sangat memikat

Dengan keizinan, makcik kongsikan entry ni, ada video yang makcik rasa ada message tersendiri.

Nak attach hanya video tak tahu, jadi kalau nak terus ke vidoe, scroll saja sampai jumpa ya

Enjoy:

Uncle Lee, thank you seribu for allowing me to share your link here


A Moonlight Rendezvous: From Across The Seas, The Very Best Of Seasons Greetings.



Masa start blogging, pakcik kata, gunalah gambar family sebagai header..........



Header picture yang terawal

Tahun ni dah bertambah, jadinya nanti akan ada lah yang baru ye :)


Nak tukar lebih2 tak berani.....kang hilang terus blog...hmmmm jenoh panggil bomoh buah nyoq pulak mai cari....



McK




Saturday, December 26, 2015

Sedap habaq hang........


The entry title...............itu 'hang' is not gantung ya..

It's a word to indicate "you" a colloquial widely used in the northern states of Malaysia, Tanah  Air Ku.

"Aku habaq kat hang.....cerita tu best" = "I tell you....it's a nice story" (direct translation)


Ceh, ni bukan kelas bahasa, makcik tak ambik linguistic ya, jadi words yang 'bombastic' tiada dalam vocabulary makcik.


  Hehe, semenjak dua menjak ni, makcik rajin sikit masuk dapoq.......rindu kat periuk belanga.....

Eh, bukan bukan...periuk belanga hari hari dok guna....masak nasi, masak gulai..kan kannn.

Nih, i missed my oven, i missed baking and i missed cooking food other than rice!

Dalam banyak2 yang dok buat tu, ada yang jadi, ada juga yang kurang menyerlah.

Kata omputih....."Practice makes perfect".......kalau tak jadi...cuba lah lagi dan lagi dan lagi....kannn?


Kelmarin teringin sangat (walau tak mengandung) nak makan pulut, jadi pi Mar-Ket (orang penang tak kata pasaq tau) and beli lah pulut....tak banyak, 200 gm ja.....tu pun tak habis


Pulut kukuih salut nyoq 
:))
(Pulut kukus salut kelapa parut)






Letak ikan kering goreng kat dalam tu......



PERGHHHHHHH.......sedap baq hangggg


Kalau teringin boleh buat....senang saja...kukus pulut, letak santan macam buat pulut kuning tu....

Nak makn terus dengan kelapa parut & ikan kering pun okay.....nak buat macam makcik buat pun okay

 Happy SabtuDay. Be happy.





McK



Thursday, December 17, 2015

Macam Macam Ada........

Ada orang sebut pasar, ada orang kata market, orang penang sebut mar-ket (bunyi 'kate).

Selalu kat market ni pastilah tempat orang beli ikan, sayur semua kan..

Ada juga satu ruang untuk bahan2 kering;bawang rempah dan sebagainya..


Tapi lama kelamaan, market ni dah pelan pelan bertukar jadi tempat ala ala 'one-stop-shop'

Lani nak pi market, tak bawak duit sikit dah....mesti bawak lebihhhhh...

Pasai apa????

Pasai, kat market la ni dah moden....

Macam2 depa juai.....



Buah tempatan dan import pun dah banyak
Biasa lah yang ni....tak heran dah




Baju pun ada....heran la sikit sikit





Jangan tak tau...sini rambut pelesu pun depa juai kat market



Senang banyak tau....rasa2 ada dinner ka annual function ka..
Pi market bli ikan utk siapkan makan di rumah...
terus bli rambut palsu utk function malam pulak
Haaaa..kan senang tu



McK







Tuesday, December 15, 2015

Kembang setalam



Suatu hari minggu, makcik and pakcik bertandang ke Botanical Garden di sini, saja nak jalan ambil angin sejuk pepagi Ahad :)


Ramai orang, tua muda ada kat situ.....jalan2, lari2, naik bukit, berbasikal naik bukit (bayangkan lah!).

Kami jalan kaki naik bukit ikut jalan tar.

Suku perjalanan dah 'pancit', masa tengah rehat sebelum turun semula, lalu lah seorang senior citizen.

Dengan relaxnya, dia berjalan turun bukit, sebelah tangan pegang payung, muka senyum ja.

Malu aih tengok dia macam tu...kita yang muda sikit dari dia ni pun tak larat!

Jadi, azam tahun baru???? cehhhh

Nak jadi lebih fit lah, nak kena rajin jalan jalan keluarkan peluh.

Basikal tu pun dah lama sangat rehatnya....time to hit the road again.....


Beautiful Sunday






Dekat dengan pintu masuk ke taman ada kolam yang di tanam(?) dengan pokok water lily.

Yang menarik perhatian makcik adalah pokok yang ni....

Daunnya kembang tapi ada 'lekuk' di tepi menjadikan dia macam talam.



Beberapa talam dari satu 'akar'nya



Bunga juga lain sikit





Putih dan merah..



Yang ni bunga dari water lily species 'bukan-talam' 



Walau pun naik suku bukit ja.....penat juga weh.
Jadi kami pun bersarapan lah di cafe dekat situ




Haruslah nak kena kuatkan semangat untuk beriadah semula selepas lama cuti.....

Let us jom pakcik!   dan yang lain2.


McK



Thursday, December 10, 2015

Lady Michelin


Salam Khamis

Dalam 20 hari lagi, kita lambai pada 2015 dan masuk pulak 2016.

Another year, another resolution, another delay, some improvement.

Bergantung pada individu, ada yang sentiasa mau improve oneself to become a better person, slowly, steadily but surely.

Ada yang 'semangat hujung tahun' nya sangat membara...itu ini dia nak buat.....come the new day....its just like any other day.

Apa2 pun moga kita selalu menambah baik kehidupan kita, baik dunia maupun akhirat.

Moga hari hari mendatang menjanjikan kehidupan yang lebih tenang dan sempurna...Aamiin.



Ni bukan tazkirah................

Ada dak ketikanya mak bapak kita, atau pun orang orang yang rapat dengan kita menegur sesuatu yang kita lakukan....

Baik ka buruk ka..............ada dak???

Selalu kita dengar akan pesanan.......

"...saling tegur menegur, saling pesan memesan..." supaya kita ni tak lupa diri.....tak terlebih perasan di hati.


We need our loved ones around us to always keep us grounded, to remind if we have gone overboard.... to tell us if we overdo things......to tone us down if we seem to only look up...and to bring us to the right path if we seem to deviate.

Sila lah terima teguran dengan hati terbuka, memang kadang tu telinga panas, hati terbakar dan perasaan terkoyak bila kita di tegur, di nasihat, di beritahu berkenaan sesuatu.....

Satu kita kena ingat: Cuma orang yang sayangkan kita sahaja akan menegur....

Orang lain: Ada aku kisah???? Lantak kau la...(kan???, kasaqnyaaaa makcik oiii)

Tapi tak salah kalau kita, cool down, tarik nafas.....and reflex apa yang di perkatakan.

Sebabnya, we can't even see what's on our back, no mata behind kannnnn.....

Kalau betul kita salah, kita betulkan.

Kalau tak salah, kita diamkan tapi kena juga check kenapa terjadi salah anggap tu....

Sebab kalau kita tak fikir..................kalau kita tak peduli apa orang nak kata........kalau kita tak kisah nak ambik pot dengan nasihat orang...

Akhirnya.............



Akhirnya............

Kesudahan nya....................










Jadi cam ni lah.....tak dak orang bagitau lah tu..
........atau dia ingat okay..
Dear sister, you got no mirror at home eh??


Sapa yang malu?????      Kitaaaaa jugak.

Nota: Gambar ini di ambil dari FB dengan kebenaran tuan yang publish this photo





McK




Monday, December 7, 2015

She goes "Safari"....


Nak tunjuk hasil kerja tangan lah pulak hari ni...

Kawan dah book lama dah, baru sempat siapkan.

Dia nak guna pi "jalan jalan makan angin" hmmmm :)





Alwaysfull



McK





Wednesday, December 2, 2015

Hello Makcik, you on strike ke?




Opocot!!!!

Dapat komen tu dari kenalan makcik yang tinggal jauh dari Malaysia...yang Perdana Menteri depa sangatlah handsome bak pelakon holiwud :)

Thanks buddy, you woke me up.

Ya, makcik  sebulan tak update. Sana sini makcik jalan, klik sana klik sini.....hmmm gambaq tak elok, ok tak jadi entry.

Nak kata sibuk, tak lah sibuk sangat, nak kata tak sibuk punnnnn...sibuk la juga.

Okay kawan, saya janji, saya akan update blog sekerap mungkin..(as frequent as i can).


Cerita kelmarin dan hari ni:

Makcik ada sepasang sugar glider, lama dah bela. Sejak akhir2 ni tengok macam tak sihat, bulu kat ekor semakin hilang....

mereka ni bukanlah species manja/diberi manja.

Makcik tak berani nak pegang, hanya urut2 kepala masa dia orang makan saja...

Petang semalam (kemarin la tu), bawa mereka ke klinik, doktor kata fungus.

Makcik bagitau yang depa ni makan epal, baby food (heinz), honey, carrot & white egg-selang seli

Tapi doktor kata kena bagi live protein ie, live cacing! Gila hang, nak mampus? Silap silap nanti sugar glider hidup sihat makcik mati ketakutan.....creepy crawlies are NO NO to me....takut weiii

Ok ok, sambung cerita....

Doktor ada bagi ubat untuk cuci, tau lah kan, binatang kecik sekenit tu susahnya nak cuci, tapi nampak yang satu ni ;Eman dah macam tak larat.

Beberapa kali sebelum tu, tengah elok2 bergayut kat kayu....pelepuk jatuh ke bawah, so the grip is not there.

Pagi ni, dia dengan susah payah cuba bergayut....kesian tengok...he tried so hard......:((


"Tangan" depan tu dah tak boleh grip dah

Two hours lepas makcik ambik gambar ni, Eman dah tak bernyawa...sedih juga.






Maka tinggal lah  Ecah keseorangan.......jelas dia dalam kesedihan....kan??

Be strong Ecah, I will give you food as usual, but yesterday you gigit jari I....sakit tau!!









McK
























Monday, November 2, 2015

Rindu.................


Kat mesin jahit makcik...........

6 bulan tak sentuh mesin.................

Mula sebab ubahsuai rumah, so mesin di bungkus..............

Lepas tu buat persiapan untuk majlis Son1.........

Bila dah selesai...., buka lah bungkusan mesin..............

Cuba 'start' .......................'geduk geduk geduk....kasarnya bunyi...

Something is wrong...........kena hantar service..........ambik masa................

Nasib baik ada back-up, mesin yang lebih kecik.....

Boleh la lepas gian.............


Dalam proses penyambungan........


Bag??????? Tunggu sat.....nak kena ambik feel dulu.......

Dah ada yang dok menunggu......sabaq sat naaaaa...

Errrrr...son1menantu1, dah hantaq mesin ka?




McK


Friday, October 23, 2015

Sama kah mereka?...............






Bukan sekali dua.....bukan juga seorang dua.............

Ramai yang kata..................................

Depa ni sama...................................

Pernah orang tanya....W masuk paper, ada cerita apa??

Masa tv3 mai shoot kat rumah utk majalah3.......pun mazlin nordin cakap........ samalah depa ni.....

Pernah orang tahan W kat Curve....................belum orang tu buka mulut W dah jawab...........

"No no, saya bukan dia.............."



                                                              .....................


Susah jugak (alaaaa sikittttt ja susahnya)......sebab ramai yang kenal dia, cerita selalu masuk paper....
isterinya juga pernah masuk paper, masuk majalah (kot la).....


Tetiba mai belah utara......"aik??? takkan dia kawin 2 kott???" sebab wife tak sama macam dalam paper.....kesiannn kat dia kan............















Ni lah dia.......Azhar Sulaiman








Sama ka dia dengan pakcik??
Aku nampak pakcik la lagi hensem....:))









Sama kah mereka??

Macam mana agaknya kalau depa ni ditemukan ya..................




McK






Thursday, October 22, 2015

Haze is Jerubu.............



Perkataan yang paling di sebut sebut sekarang ini...............

Inilah kali pertama makcik dapat pengalaman haze yang teruk di Penang.

Kelmarin indexnya 180....pun rasa, mak aih...dah tinggi..kelabu sana sini

Bangun pagi ni....lagi tinggi!




Seberang Jaya  ............dan................Penang Island......


Tapi anak cakap kat KL kelmarin mencecah 299, sekitar dah nampak kuning....moga harini kurang sikit....take care....

Penggunaan Mask:


Di sedut mati mak, di hembus mati bapak............ni perumpamaan baru lah.......

Mana tak gitu, kita pakai mask nak elak tersedut asap jerubu......................

Dalam mask tu sendiri pun dok berperang juga........

Tak tau lah kot makcik silap, sebab lama sangat dah tak pi skolah..............

Selalu kita sedut (breathe in) oxygen dan hembus out carbon dioxide kan? Lebih kurang gitu lah kan sebab ada ja gas lain, nitrogen misalnya

Habeh kalau dok cekup idong tu......apa yang kita sedut dan apa yang kita hembus? 

Tolong sapa2 bagi pencerahan sat?? Atau makcik yang silap??




 Makcik: lemaih dalam nafas sendiri....



Kita tak boleh nak tolak takdir, hanya boleh berdoa moga "takdir" itu berkurangan skalanya, wallahualam......




McK 





Wednesday, October 21, 2015

Glycerine Soap....passion and patience..........


Ada yang tanya makcik....macam mana nak buat.....susah tak nak buat glycerine soap tu?

Jawapannya....yes and no..

Inilah kali pertama makcik buat glycerine soap, kesilapan demi kesilapan.......

Pertama kali nak buat, google cari mana nak dapatkan materials.....

Bila dah dapat, tanya kak google juga macam mana nak buat...alhamdulillah....google banyak membantu....

Makcik buat yang Melt & Pour method saja, yakni, beli block glycerine soap (macam chocolate bar) and melt to the shape we want.

makcik tempah mould block tu dari seorang carpenter.

Apa yang kena ada masa nak buat soap ni?

Mestilah glycerine soap tu sendiri......

Bekas bersesuaian untuk mencairkan sabun

Rubbing alcohol/spirit....untuk buang 'bubble'/buih yang terjadi semasa proses mencair/menuang.

Pewangi ; fragrance oil, makcik tak dapat nak beli yang ni, so makcik guna white musk from Bodyshop sebagai perfume.



Glycerine soap.....di potong kecil sebelum di cairkan
Masa beli ia dalam bentu 'block'.... ketul besar

Dalam bekas tu....
glycerine yang dah cair...dah add pewarna.
Bawah tu adalah acuan dia..

Proses mencairkan glycerine;
- Letak glycerine soap yang dah di potong kecil dalam bekas sesuai.
- Double boil (macam nak cairkan choklat) atau guna microwave, makcik guna microwave
  : Set timer 1.5 minit, check, kalau belum cair sepenuhnya, set lagi 1.5 minit...
  : Pastikan glycerine tu cair, bukan mendidih
  : kacau perlahan, sampai sejuk sikit, baru tuang dalam acuan
  : Kena experiment sendiri ya, baru boleh tahu nak bentuk macam mana
  : Kalau guna bekas kecil, pastikan ianya silicon, supaya senang nak keluarkan bila dah set nanti
  : Guna rubbing alcohol/ spirit untuk buang buih(bubbles) yang terbentuk semasa proses
    mencair/menuang.....
  : Tunggu lah soap tu set - 2 ke 3 jam.

Note: "Overcooked" glycerine akan hasilkan sabun yang 'rubbery/springy'



                                        
Sabun yang dah set.....


.......yang dah di potong...


Makcik gunakan 'bread slicer' untuk dapatkan potongan sekata


 Balut dgn clingwrap.....


Pack lah ikut pilihan.......

My initial virgin single-coloured soap ....

Pada yang berminat  sila lah Google 'Melt and Pour' glycerine soap.....banyak u-tube yang tunjuk cara nak buat........


Nak buat ni kena lah ada minat dan harus sabar ya...yes passion and patience. Sebabnya proses nak buat ni ambil masa sikit, step by step process dia...time consuming......so kena sabar ....

Looks simple...
Anak jiran  ada mai tolong pack. Waktu dia pack, makcik ambik kesempatan buat sabun....masa nak melt makcik bagi dia tengok....masa tuang dalam mould, makcik tunjuk kat dia.....


Kata dia.........murid tahun 6......."SENANG GILLLERRRR.."

Aku buat sampai rasa nak muntah dah anak oiiii.........


McK




Friday, October 16, 2015

Selesai sudah.....4oct2015

Alhamdulillah, sudah selesai majlis yang di rancang sekian lama.

Selamat menempuh alam rumahtangga my son1 dan pasangan, my menantu lah tu :)

Semua orang pasti sudah atau akan menempuh tempuh ini, bila anak bagitau nak kawin, mak bapak start garu kepala plan itu ini. Sama lah kami pun.

Kita tengok sikit gambar yang ada ya....son1 belum lagi siapkan gambar2 proper.......


Kad Jemputan.................

Alkisahnya....kad jemputan di design oleh son1, hantar print. Two weeks down the road, masih belum print, call tak berjawab, sudahnya son1 hantar ke printer yg lain....
Nasib kurang baik..... mesin pulak down, nak ambik balik, duit dah kasi habis....tunggu la saja...

MakcikPakcik dah kalut la....nak start mejemput, kad tak ada......hmmmmm, photostat paper kaler kaler lerrrr.......

2 minggu sebelum majlis baruuuuuu kad siap, aduuuuhai....printer oh printer....next time?? hati hati pilih printer ya...



Wedding favours, handmade....sendiri bikin.




Wedding favours....
Bila dah setuju nak buat, barulah terhegeh hegeh (makcik lah) google mana nak beli raw materials bagai......mahai nak mamps....
Percubaan demi percubaan, failure demi failure.....waktu dah makin dekat.....makcikpakcik ada sikit panic sana sini.....
Alhamdulillah siap, selain manusia,  Ms Google/U Tube sangat membantu.. tak boleh di pertikai.....




The Hantarans.........

Bila tolong buat kat kawan2/sedara, laju jer idea keluar.....bila nak buat yang sendiri punya...mak aih idea tak mai langsung.......
Son2 dah warning awai2.....bunga tak nak banyak2 sampai overwhelm barang.....okay........
Seadanya........siap juga, ontime......



Buah tangan buat pihak pengantin perempuan


McK bersama my besan & pengantin


Lepas akad adalah upacara sarung cincin, santai ja...tak ada cium dahi....
depa kata....depa la kata, makcik tak kata........nak batal air sembahyang, lepas sarung cincin tu (pastilah dah batal..kann)...pakat2 la kentut, confirm terbatal la.... :)))



Perjalanan baru bermula.............

Hilang sudah identity "afro" dia....



Semasa majlis kami di kampung.....
habis pokok2  jadi prop

Hehe macam macam kan, tapi  syukur sangat sebab majlis kedua2 pihak berjalan lancar, simple dan ringkas....





Kaum kerabat McK..power puff girls...


The guys....

Golongan YB??? :)





Issssshhhhhh, lupa..........

Pelamin..........

Ringkas sangat pelamin....last minit..., kejap mau kejap tak mau, kejap nak buat kat luar, sat nak buat kat dalam..............
Last last.......pelamin tu dok sanding sorang2.....pengantin dok round jumpa tetamu, then round keliling rumah posing posing, depa lupa ada pelamin dalam rumah......hmmmmm.

Tak semua dapat bergambar..... masing masing sibuk......

Majlis ini walau ringkas, tak akan berjaya tanpa bantuan sedara mara sahabat handai......terima kasih seribu atas penat lelah semua yang menjayakan, nak sebut nama ramai sangat, tapi....(#gunaayatskema)......you know who you are....I love you all, thanks a million!

Buat Alif & Hajar, perjalanan alam rumahtangga baru bermula.....ada manis ada pahit, tempuh dengan sabar, compensate & tolerate each other's differences, work hard and pray hard for a better tomorrow, aamiin......



Cari gambaq son2...tak ada...sibuk sgt lah anak aku yang sorang ni.....

Soalan cepumas:

S: Abang dah....lepaih ni adil lah pulak...bila tu?

J: Tawon depan.....

S: Oh ya???...dah ada calon?

J: Dak lagi...tengah cari...:))


Mak Bapak...........
 nak enter-frame jugak 






McK


Wednesday, August 26, 2015

Blog makcik belum berkubur......


Cuma kekangan masa saja yang membuat posting tak ada....

Insyallah, kita bersiaran bila "tangan" tangan makcik dah free sikit ya



McK







Wednesday, July 29, 2015

Salam Syawal 1436H,


July 2015..........

Ramadhan sudah, Syawal pun sudah....walau ada beberapa hari lagi.....

Ada yang masih berpuasa.....ada yang tak henti henti bertandang open house.....

Makcik?

Sejak dari belum Ramadhan sampailah ke malam raya......kat rumah ni pong pang pong pang......ketuk sana drill sini, cat sinun....sessi membaik pulih dilakukan waktu itu....

Ini lah kali pertama, makcik menjadi pengunjung tetap pasar ramadhan (Param), juga ni lah kali pertama makcik tak buat sebijik kuih pun....rekod ni..

Alhamdulillah, malam raya tu kemas sikit rumah, yang mana boleh sorok, kita sorok la kan..:))

Bertungkus lumus lah kami anak beranak....

Jadi masa raya tu, kira kemas la.....

Raya pertama, macam biasa, lepas sembahyang raya, kami balik kampung makcik....

Raya kedua, waktu rakan taulan bertandang ke rumah...kali ni pun tak masak....tempah saja...

Tak apa lah, dah sibuk kannnn, nak buat macam mana.....

Sila lah tatap kemeriahan makcik beraya...................

Selamat Hari Raya Aidilfitri..............


 Hmmmmm, penuh almari dia....


Keluarga besar yang kecil(sebab tak semua ada)
 di kampung.....



He he he, instant prop



Keluarga kecil makcik




cer tengok brother kat tiang tu.......


Nak buat camna, tak dak pokok nak panjat kannn :)



Lagi The Ridz

Abang2 Sado...





McK